News

Perutusan Controller Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2019
Posted on : 25 Jan 2019  Source of News: Sumber Dalaman LSS
 
Tahun Baru Cina

Salam Sejahtera kepada semua Pegawai, kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan seluruh warga penduduk negeri Sarawak.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan perutusan ini Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2019, Pihak Lembaga Sungai – Sungai Sarawak akan mengadakan Operasi Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2019 bermula pada Fasa I 01 Feb hingga 03 Feb 2019 dan Fasa II 09 Feb hingga 10 Feb 2019. Ini adalah bertujuan bagi memastikan tidak ada berlaku kemalangan sungai dan para penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.
Pelancaran Operasi Penguatkuasaan Sungai Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2019 yang akan diadakan pada 01 Feb 2019 bertempat di Terminal Penumpang Sibu, Sibu yang akan dirasmikan oleh Pengerusi LSS, Yang Berbahagia Dr. Murni Bin Suhaili.
Semua ini dilakukan adalah bertujuan bagi memberitahu orang awam tentang pentingnya keselamatan semasa menggunakan bot ekspress dan memastikan pengusaha-pengusaha bot ekspress mematuhi segala peraturan yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk pelayaran yang selamat.
Saya amat bangga atas kerjasama yang padu dan komitmen yang tinggi daripada semua Pegawai serta kakitangan untuk menjayakan Operasi Keselamatan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2019 disamping dapat mempertengahkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sebagai satu agensi Peneraju Pengangkutan Sungai yang berprestij.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Pegawai  serta kakitangan yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali kepada semua Pegawai dan kakitangan serta warga penduduk negeri Sarawak yang bakal merayakan perayaan Tahun Baru Cina, saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA 2019.
RICHARD TAJAN
Controller
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Salam Sejahtera kepada semua Pegawai, kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan seluruh warga penduduk negeri Sarawak,