News

Program Hari Bersama Pelanggan dan Dialog Perlaksanaan Pewartaan Kawasan Labuhan (Anchorage Area) Sungai Miri
Posted on : 02 Apr 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

kawasan labuhan miri

Program Hari Bersama Pelanggan dan Dialog Perlaksanaan Pewartaan Kawasan Labuhan (Anchorage Area) Sungai Miri anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah Utara telah dirasmikan oleh Yg. Bhgia En. Richard Tajan, Controller LSS pada 2 April 2019.

Program ini telah dihadiri seramai 100 peserta terdiri
daripada wakil Agensi-agensi Kerajaan dan wakil syarikat perkapalan serta agen-agen perkapalan.

Sepanjang program dijalankan, peserta telah diberi taklimat mengenai Pewartaan Kawasan Labuhan (Anchorage Area) Sungai Miri serta prosedur permohonan menggunakan kawasan labuhan.

Diharapkan melalui taklimat tersebut dapat memudahkan syarikat perkapalan dan agen-agen perkapalan berhubung dengan Pewartaan tersebut. Selain itu, program Hari Bersama Pelanggan juga dapat mendekatkan orang awam dan pegawai serta kakitangan LSS dimana sesi soal jawab juga diadakan pada hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS