News

River Awareness Programme (RAP) di Kampung Lubok Nibong, Marudi
Posted on : 14 May 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

awareness programme

Marudi, 13/05/19 - AC Wilayah Utara bersama kakitangan telah mengadakan River Awareness Programme (RAP) di Kampung Lubok Nibong, Marudi. Disamping itu, LSS Wilayah Utara turut membuat rondaan sungai bagi memastikan keselamatan dan kebersihan sungai melalui penguatkuasaan yang efektif dan penyampaian perkhidmatan yang efisien.

Latar belakang River Awareness Programme (RAP)

River Awareness Programme (RAP) merupakan
sebuah program anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wilayah Utara bagi memberi kesedaran kepada penduduk di sepanjang sungai di Wilayah Utara. Selain itu, melalui program ini dapat merapatkan hubungan antara LSS dan masyarakat setempat.

RAP juga dapat menyalurkan maklumat kepada pengguna sungai tentang peranan LSS dan kepentingan menjaga kebersihan sungai.

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wilayah Utara akan mengadakan RAP diseluruh Bahagian Miri, Bintulu, Limbang sepanjang tahun ini bagi mendekati masyarakat di sepanjang sungai di Wilayah Utara.

Diharapkan melalui program ini, ianya dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

#RiverAwarenessProgramme (RAP)

#SarawakRiversBoardNorthernRegion