News

Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai
Posted on : 23 Sep 2019  Source of News: Wilayah Utara, Miri
 

maklumat lanjut

Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai
Tarikh: 21.09.2019
Lokasi: Rmh John Ak Nonong, Kampung Kelati, Nanga Mendamit, Limbang

Tahniah dan syabas kepada LSS Wilayah Utara (Bahagian Limbang) kerana telah berjaya mengadakan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Kampung Kelati, Nanga Mendamit, Limbang. Selain LSS, pelbagai Agensi Kerajaan turut hadir bagi memberi maklumat dan kempen kesedaran kepada penduduk kampung yang berdekatan. Terima kasih kepada rakan-rakan dari Women Institute, Bomba Limbang dan NREB Limbang diatas penyertaan anda semua.

Pembersihan Sungai Limbang telah dijalankan pada sebelah pagi oleh LSS bersama penduduk kampung setempat.

Pada sebelah malam turut diadakan ceramah dan dihadiri seramai 500 orang dari penduduk kampung sekitar Nanga Mendamit. Program ini telah dirasmikan oleh YB En. Paulus Palu Anak Gumbang (ADUN N80, Batu Danau).

Tahniah sekali lagi kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS