News

Program Kesedaran Keselamatan Dan Kebersihan Sungai
Posted on : 27 Sep 2019  Source of News: LSS Wilayah Utara, Miri
 

Program

Program Kesedaran Keselamatan Dan Kebersihan Sungai.
Tarikh: 27 September 2019
Tempat : SMK Tinjar, Baram

Syabas dan tahniah kepada LSS Wilayah Utara kerana menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di SMK Tinjar, Baram. Seramai 400 peserta yang hadir terdiri daripada guru-guru dan pelajar sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Toni Doughlas mengenai kepentingan Keselamatan menggunakan Jaket Keselamatan di Sungai dan kepentingan menjaga kebersihan sungai.
LSS Wilayah Utara merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu William Tedong (Pengetua) dan warga SMK Tinjar Baram kerana menjayakan program ini. Turut hadir Assistant Controller Wilayah Utara Encik Leonard Luhat Laing dan pegawai-pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS