News

Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai
Posted on : 14 Oct 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

Program

Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai
Tarikh: 12 Oktober 2019
Tempat : Rh. Seliau Ak Randi, Sg. Liuk, Balingian, Mukah.

Program komuniti ini dimulakan dengan penduduk kampung bergotong-royong membersih sekitar sungai dan kampung mereka pada sebelah paginya. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan penduduk kampung serta ceramah dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak yang berkisar dengan pentingnya sungai dan alam sekitar untuk generasi masa depan dan sumber air. Majlis penutupan telah dilaksanakan oleh Controller LSS iaitu Ir. Richard Tajan dan serta pegawai Kanan LSS serta Ketua Kampung yang di jemput, majlis diakhiri dengan penyerahan Jaket Keselamatan dan cenderahati LSS.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS