News

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN PUTRAJAYA, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KE LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK DAN MENYUSURI SUNGAI SARAWAK
Posted on : 20 Nov 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

lawatan

Bahagian Pengurusan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya (BPP KWP) merupakan bahagian yang bertanggungjawab di dalam perancangan dan pelaksanaan projek-projek seperti "River Of Life (ROL) ", Kuala Lumpur. Seramai 20 pegawai dari KWP,


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengairan & Saliran, Kuala Lumpur telah membuat lawat kerja yang bertujuan bagi melihat secara dekat mengenai operasi pengurusan sungai di Sarawak untuk dijadikan
tanda aras ke atas pelaksanaan pengurusan sungai di bawah projek ROL dan sedikit sebanyak boleh menjadi contoh kepada KWP untuk menguruskan Projek "River Of Life (ROL) ".
Taklimat berkenaan Operasi Barrage & Shiplock telah disampaikan oleh Encik Tsai Song Lim dari Kuching Barrage Management Sdn Bhd dan Taklimat Pengurusan & Operasi Sungai disampaikan oleh Encik Angga ak Maga dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS). Aktiviti menyusuri sungai Sarawak telah dilaksanakan dengan menggunakan 3 buah bot Penguatkuasa LSS bermula dari Pengkalan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) sehingga Kubah Ria.


Turut hadir adalah Pemangku Controller Lt. Col. Ding Tiew Wong(B), Tuan Julaihi B. Shahmad (Assistant Controller - Human Resources), Tuan Jerry Liew Tze Sieng (Assistant Controller - Barrage & Fleet), Tuan Haji Saimi B. Haji Sharkawi (Ketua Unit Pentadbiran), Encik Hazizan B. Sapie (Ketua Unit Aset), Encik Angga Maga (Ketua Unit Kebersihan & Pemuliharaan Sungai), Encik Mohd. Fadzli B. Haji Noh (Penolong Pengurus Pelabuhan, Kuching) dan staf Wilayah Selatan LSS, Kuching serta Ibu Pejabat.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS