News

Lawatan Kerja Rasmi Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak
Posted on : 26 Nov 2019  Source of News: Unit PRU & ICT
 

Lawatan Menteri

Lawatan Kerja Rasmi Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak ke Pejabat Wilayah Utara Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Miri dan Pejabat Laut Wilayah Timur, Miri, Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak)

Pada 25 November 2019, YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak bersama rombongan dari Kementerian Pengangkutan Sarawak dan diiringi oleh Pemangku Controller LSS iaitu Lt. Kol. Ding Tiew Wong (B) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Wilayah Utara LSS, Miri.

Semasa lawatan tersebut, taklimat ringkas berkenaan dengan Fungsi dan Peranan LSS serta Pengoperasian Wilayah Utara LSS telah dibentangkan oleh Assistant Controller, Wilayah Utara Encik Leonard Luhat Laing.

Pada sebelah petang, YB Datuk Lee Kim Shin serta rombongan telah melawat Pejabat Laut Wilayah Timur Miri, Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak). Taklimat ringkas telah dibentang oleh Ketua Penolong Pengarah, JLM Kawasan Sarawak Timur.

Pegawai dan kakitangan LSS Wilayah Utara mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Lee Kim Shin diatas lantikan beliau sebagai Menteri Pengangkutan Sarawak serta sudi meluangkan masa untuk melakukan lawatan kerja ke pejabat Wilayah Utara LSS, Miri.

Untuk maklumat lanjut sila klik FB Page Rasmi LSS