News

PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI
Posted on : 03 Oct 2020  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Tempat : Kampung Senadin Jaya, Lutong

Tarikh : 3 Oktober 2020

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah III, Miri) telah berjaya menganjurkan program ini dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN N.75 Senadin.
SRB00793.JPG
Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran awam kepada penduduk kampung/ masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai. Program dimulakan dengan senam robik sebelum aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung.
Beberapa pertandingan telah dijalankan seperti kutipan sampah terbanyak dan mewarna dikalangan kanak-kanak tadika.
Selain itu ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Ungai Ak Bandang dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama dan Encik Richard Lejau dari Majlis Bandaraya Miri ceramah yang bertajuk Home Composting From Kitchen to Garden.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; YBhg. En. Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller; En. Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf, Pemangku Residen Bahagian Miri; En. Morsidi Frederick, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri; En. Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri); Puan Raamah Bt. haji Hamdan, Ketua Kampung Senadin Jaya, Lutong, Ketua/Wakil Jabatan/Agensi Kerajaan, Kaunselor dari Majlis Bandaraya Miri serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Miri.
Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Datuk Lee Kim Shin dengan menyerahkan 4 tong sampah dan jaket keselamatan kepada JKKK Kampung. Selain itu penyampaian hadiah kepada pemenang Kutipan Sampah Terbanyak, Pertandingan Mewarna dan Cenderahati kepada penceramah.
Jumlah sampah yang dikutip dalam program ini dianggarkan lebih kurang 562 kg. Seramai 150 peserta program telah hadir terdiri daripada Agensi Kerajaan/ Institut Latihan/ NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS serta ahli-ahli SDGs Miri dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.

Tahniah dan syabas warga LSS (Wilayah III,Miri) dan Majlis Bandaraya Miri serta Agensi Kerajaan/NGO yang terlibat.