PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI |
Posted on : 26 Apr 2022 Source of News: Lembaga sungai-sungai sarawak |
Sila klik sini untuk gambar seterusnya. Tarikh : 21 April 2022 (Khamis) Tempat : Terminal Penumpang Kapit , Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Kapit. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bahagian Kapit, telah menganjurkan program ini yang mana telah dirasmikan oleh YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Menteri Pengangkutan II, Sarawak (Sungai Dan Laut). Objektif Program Pendidikan Kesedaran Awam Kebersihan dan Keselamatan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi yang dijalankan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan staf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bahagian Kapit dan masyarakat setempat tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan di sungai.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YB Encik Jefferson Kamit Anak Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier ( Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN N.63 Bukit Goram, YB Encik Wilson Nyabong Anak Ijang, ADUN N. 61 Pelagus, YB Encik Nicholas Kudi Anak Jantai, ADUN N. 54 Balleh, YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Zul Bin Usup, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Dato Henry Harry Anak Jinep menyerahkan 35 Jaket Keselamatan kepada peserta program. Akhir majlis YB Menteri telah menyampaikan surat penghargaan kepada 4 pegawai LSS Kapit yang telah berjaya menyelamatkan orang awam cubaan membunuh diri di Terminal Penumpang Kapit dan cenderahati kepada penceramah. Seramai 42 peserta program telah mendaftar sebagai ahli "Friend of Rivers" iaitu salah satu platform menjalin penglibatan berterusan bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Sebagai makluman, peranan Friend Of River selain sebagai mata dan telinga untuk melaporkan sebarang kejadian berkaitan keselamatan dan kebersihan sungai di kawasan mereka, mereka juga memainkan peranan untuk mengetuai komuniti setempat untuk mengambil tindakan segera di dalam kemampuan mereka. Ini secara langsung dapat mengurangkan risiko kejadian lebih buruk dari berlaku dan seterusnya memperkukuhkan lagi sense of belonging komuniti setempat terhadap sungai-sungai di dalam kawasan mereka. Seramai 100 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS Bahagian Kapit serta yang terlibat. |