PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN PENGANGKUTAN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2020 |
Posted on : 15 Jan 2020 Source of News: Unit ICT |
PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN PENGANGKUTAN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2020 YANG DIRASMIKAN OLEH YANG BERHORMAT DATUK LEE KIM SHIN, MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK Tarikh: 14 Januari 2020 Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2020, Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah melancarkan Kempen Keselamatan Pengangkutan Sungai di seluruh Negeri Sarawak. Kempen ini akan dilaksanakan melalui Operasi Penguatkuasaan di sungai dan terminal penumpang yang menjadi tumpuan komuniti yang menggunakan pengangkutan air di seluruh Negeri Sarawak dalam 2 fasa seperti berikut: a. Fasa Pertama dari 21– 23 Januari 2020. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi LSS dan ucapan perasmian oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, sejurus itu YB Datuk Lee Kim Shin telah menyerahkan Jaket Keselamatan dan Bayaran Subsidi Minyak Diesel kepada pengusaha bot penumpang yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada operasi perayaan Hari Gawai Dayak 2019. YB Datuk Lee Kim Shin bersama Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak,
Menurutnya lagi, fasa pertama pelaksanaan kemudahan sistem e-tiket akan memudahkan urusan membelian dan tempahan tiket secara online yang melibatkan bot-bot ekspres di laluan Sibu, Kapit, Song dan Kuching yang sedang dalam proses menungu kelulusan daripada Lembaga Multimedia Sarawak(SMA) untuk e-ticketing menjelang separuh kedua tahun ini. Saya ingin mengingatkan para penumpang yang balik kampung sempena perayaan Tahun Baru Cina ini supaya mematuhi segala peraturan berhubung keselamatan ketika menggunakan pengangkutan sungai. Akhir sekali kepada semua pegawai dan kakitangan serta warga penduduk Negeri Sarawak yang bakal merayakan perayaan Tahun Baru Cina dan selamat bercuti kepada yang lain, SELAMAT TAHUN BARU CINA 2020 "KONG XI FA CAI". YB DATUK LEE KIM SHIN |