News

PERUTUSAN SELAMAT HARI RAYA & GAWAI DAYAK 2020
Posted on : 22 May 2020  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

98551340_699305654220020_7909167986227806208_o.jpg

PERUTUSAN
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2020M/1441H dan Hari Gawai Dayak tahun 2020.

Ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak, kepada semua pegawai dan kakitangan serta seisi keluarga Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, masyarakat perkapalan serta rakan-rakan yang merayakannya. Semoga perayaan pada tahun ini tetap disambut dengan penuh harmoni dan suasana sejahtera bersama keluarga tersayang walaupun terpaksa disambut secara sederhana memandangkan kita masih menghadapi ancaman penularan COVID-19.

Mari lah bersama-sama mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.

Kepada semua barisan hadapan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang bertugas demi melakasanakan tanggungjawab semasa cuti perayaan, selamat bertugas. Pengorbanan Tuan-Tuan dan Puan-Puan di dalam memastikan pengoperasian Sektor Pengangkutan Sungai sentiasa selamat amatlah dihargai. Pastikan SOP pengoperasian yang telah ditetapkan dipatuhi.

Kepada pengusaha/operator bot penumpang serta pengguna-pengguna pengangkutan awam sungai, mohon memberi kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan. Ini penting agar langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan berkesan dan memastikan pengangkutan awam sungai selamat dan bebas dari sebarang ancaman COVID-19.

Stay Safe and Safe Protected.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak tahun 2020.

Ikhlas daripada:

Lt. Col Ding Tiew Wong (Bersara)
Pemangku Controller
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak