Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI
Tarikh : 12 Sep 2020  Sumber Berita: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI

Tempat : Kampung Pujut Tanjung Batu, Miri

Tarikh : 12 September 2020

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah III, Miri) telah berjaya menganjurkan program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, merangkap ADUN N.75 Senadin. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran awam kepada penduduk kampung/ masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai. Program dimulakan dengan senam robik sebelum aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung.
Beberapa pertandingan telah dijalankan seperti kutipan sampah terbanyak dan mewarna dikalangan kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Selain itu ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Mohd. Haris Bin Mohd Osman dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama dan ceramah seterusnya disampaikan oleh Encik Boniface Ak. Sup dari Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang Penyakit Demam Denggi Dan Vektor Pembawa; ceramah ketiga oleh Encik Richard Lejau dari Majlis Bandaraya Miri ceramah yang bertajuk Home Composting From Kitchen to Garden.

Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; YBhg. En. Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller; En. Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf, Pemangku Residen Bahagian Miri; En. Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri); Tn Hj. Usman Bin Hj. Suleiman, Ketua kampung Pujut Tanjung Batu Miri, Kaunselor dari Majlis Bandaraya Miri serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Miri.
Simbolik perasmian program ini YB Datuk Lee Kim Shin menyerahkan beberapa tong sampah kepada JKKK Kampung dan penyampaian hadiah kepada pemenang Kutipan Sampah Terbanyak, Pertandingan Mewarna dan Cenderahati kepada penceramah. Jumlah sampah yang dikutip dalam program ini dianggarkan lebih kurang 746.5 kg.
Seramai 230 peserta program telah hadir terdiri daripada Agensi Kerajaan/ Institut Latihan/ NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS serta ahli-ahli SDGs Miri dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.
Tahniah dan syabas warga LSS (Wilayah III,Miri) dan Majlis Bandaraya Miri serta Agensi Kerajaan/ NGO yang terlibat.
Jumpa lagi pada program akan datang di Kampung Masjid, Kuala Baram.