News

Majlis Penyerahan " Letter Of Acceptance" bagi projek "The Proposed New Jetty Structure At The Existing R.C Pontoon Wharf, Temple Street,Sibu"
Posted on : 15 Jan 2021  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Tempat : Terminal Penumpang Sibu

Tarikh : 8 Januari 2021 ( Jumaat)

Menteri Pengangkutan Sarawak,Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin telah menyaksikan majlis penyerahan “ Letter of Acceptance” kepada kontraktor yang berjaya bagi melaksanakan projek “ The Proposed New Jetty Structures At The Existing R.C Pontoon Wharf, Temple Street, Sibu ” bertempat di Terminal Penumpang Sibu.

Dalam ucapan YB Datuk Lee Kim Shin mengatakan bahawa kos projek adalah sebanyak RM865,182.75 itu akan memakan masa selama enam bulan untuk disiapkan. Beliau juga memaklumkan bahawa proses tender dan pelantikan konsultan telah dibuat mengikut prosedur oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Majlis Penyerahan ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Dr.Murni Bin Suhaili  dengan menyerahkan “Letter of Acceptance “ kepada Kontraktor Shar Permata yang dilantik untuk melaksanakan projek tersebut sambal disaksikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin Menteri Pengangkutan Sarawak. Turut hadir dalam majlis tersebut, Adun Bukit Goram,YB.Jefferson Jamit, Yang Berbahagia Datuk Buckland Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Yang Berbahagia Dato Chieng Buong Toon, Ahli Jemaah Lembaga Sungai- Sungai Sarawak, Leftenan Kolonel Ding Tiew Wong (BERSARA) selaku Pemangku Controller LSS dan Tuan Haji Hatta Bin Morshidi selaku Assistant Controller, Wilayah II( Sibu).