Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Rondaan dan Sekatan Sungai di Perairan Batang Rajang Kapit.
Tarikh : 12 Jun 2021  Sumber Berita: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Sila klik sini untuk melihat gambar lain

Pada 12 Jun 2021, Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Rondaan dan Sekatan Sungai Statik di 3 tempat berbeza iaitu di Loji Air, Ng. Seranau, Ng. Ensilai perairan Batang Rajang, Kapit.  Agensi dan bilangan anggota yang terlibat adalah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Kapit diketuai oleh Penolong Pengurusan Pelabuhan, Puan Carol Bungan Leo dan 6 anggota Penguatkuasa, Pasukan Polis Marin 4 anggota dan PDRM 3 anggota.Operasi Bersepadu ini menggunakan 3 logistik iaitu BOT SRB 12, SRB 23 dan BOT RONDA RIB 4 PPM.

Aktiviti.

Pemantauan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sungai bagi operasi Sektor Perkapalan / Bot Persendirian/ Perahu Panjang yang beroperasi di perairan Batang Rajang dan Baleh Kapit khususnya disekitar perairan Bandar Kapit.

 Jumlah Keseluruhan Pemeriksaan Kapal/ Bot ialah 41 Buah iaitu :-

35-Buah Persendirian/Perahu Panjang

6  -Buah Kapal

 Tindakan.

4 kompaun telah dikeluarkan oleh PDRM Kapit berjumlah RM1500 X 4 = Rm 6000.00 atas kesalahan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sungai bagi sektor perkapalan/bot persendirian/perahu panjang.

 #staysafe #stayvigilant #stayhealthy #savelives #jagasarawak #staysafe #lindungidirilindungisemua