News

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0) KEPADA PENAMBANG DI TAMAN NEGARA MULU
Posted on : 06 Aug 2022  Source of News: Lembaga sungai-sungai sarawak
 

WhatsApp Image 2022-08-02 at 15.16.08 (1).jpeg

Untuk gambar seterusnya sila klik disini.

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0) - ONE-OFF FINANCIAL ASSISTANCE TO PENAMBANG IN SARAWAK 2022 DI TAMAN NEGARA MULU, MULU

Tarikh : 02 Ogos 2022

Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Grand Ballroom, Mulu Marriott Resort & Spa, Mulu.

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan program ini dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep. Objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan LSS dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh LSS melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan Staf LSS dan masyarakat setempat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.

Program dimulakan ceramah yang bertajuk Keselamatan dan Kebersihan di Sungai yang disampaikan oleh Ketua Unit River Heritage, Encik Angga Maga, ibu pejabat, LSS

Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan yang telah menyerahkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (8.0) berjumlah RM500.00 (Tunai) dan jaket keselamatan kepada 41 orang pengusaha dan penambang yang beroperasi di Taman Negara Mulu.

Di kesempatan ini, YB Timbalan Menteri Pengangkutan dan rombangan telah menyusuri sungai Melinau untuk ke Gua Clear Water, Mulu dengan menggunakan 2 bot penambang untuk melihat sendiri keadaan sistem pengangkutan air yang membawa pelancong ke Taman Negara Mulu dan pada waktu yang sama turut menikmati keindahan panorama sungai dan hutan semulajadi.

Turut hadir menjayakan program ini ialah YB Dato Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) ADUN N78 Mulu, YBhg Dr. Murni bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Teo Swee Ann, Wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Manong, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Mohd. Ariffin Bin Haji Bujang, wakil Assistant Controller Wilayah III, Miri, Encik Belayong Pok, Pegawai Daerah Marudi, Encik Reagan Edwin, Pejabat Daerah Kecil Mulu, Kaunselor Gary Hashim, Majlis Daerah Marudi dan Ketua-Ketua Kaum serta para jemputan.

Seramai 70 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS W3 serta semua yang terlibat.