News

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UITM KEDAH KE LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Posted on : 06 Jan 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Sila Klik Sini Untuk Gambar Seterusnya

Pada 5 Januari 2023, bertempat di bilik mesyuarat Ibu Pejabat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, seramai 24 rombongan pelajar dari UiTM Kedah yang diiringi oleh seorang pensyarah, Profesor Madya Dr. Mahazir Bin Ismail, telah mengadakan lawatan akademik pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa (BA246), ke Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.  

Semasa lawatan diadakan, Encik Leo anak Nanang, Assistant Controller (Riverine Safety), mewakili Pemangku Controller, telah memberi taklimat mengenai fungsi-fungsi dan peranan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kepada semua pelajar terlibat. Respon yang diterima adalah sangat baik dari pihak rombongan dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kerana telah mengurus dan mentadbir sungai-sungai di Sarawak dengan baik. Pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang turut hadir bersama adalah Encik Jerry Liew Tze Sieng, Assistant Controller (Barrage and Fleet), Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri), Puan Norida Sipek, Pegawai Undang-Undang, Encik Angga Maga, Ketua Unit (River Heritage), Encik Jerry Lenggir, Penolong Pegawai Penguatkuasa, Puan Hafsah Binti Rahman, Ketua Unit (Sumber Manusia) dan Puan Lizia Bungai, Penolong Pegawai Tadbir (Bahagian Kewangan).