News

Penyerahan Bantuan Khairat Kematian dan Sumbangan Derma Staf LSS Kepada Waris Allahyarham PP Encik Morni bin Abul Kassim
Posted on : 25 Feb 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

 

Penyerahan Bantuan Khairat Kematian dan Sumbangan Derma Staf LSS Kepada Waris Allahyarham PP Encik Morni bin Abul Kassim
Tarikh  : 25 Februari 2023 @ 11.15 pagi
Tempat : Rumah Kediaman, Allahyarham PP Encik Morni Bin Abdul Kasim di kampung Daro
 Yang Berbahagia Pemangku Controller Lt. Kol. Ding Tiew Wong (B) telah menziarahi rumah kediaman Allahyarham PP Encik Morni Bin Abul Kasim di Kampung  Daro. Turut bersama dalam rombongan ziarah ialah Penolong Pengurusan Perlabuhan Wilayah II,Sibu Cik Ratna Dewi Binti Bujang, Penolong Pegawai Tadbir LSS Cawangan Sarikei, Encik Mohd Fadzli Bin Noh dan Penolong Jurutera, Encik Peter Law Peng Huidi. Dalam aktiviti ziarah tersebut, Pemangku Controller turut menyerahkan bantuan wang  khairat kematian dan sumbangan derma kepada isteri Arwah iaitu Puan Khamsuyah Binti Hasni sebagai bantuan untuk meringankan beban bagi keluarga Allahyarham Encik Morni Bin Abul Kasim. 
Sehubungan dengan itu, lawatan diteruskan dengan menziarahi tempat perkuburan Islam Daro bagi memperingati arwah.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Morni Bin Abul Kassim yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2023.Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kehilangan seorang anggota Penguatkuasa yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan penguatkuasaan.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dikalangan orang beriman dan beramal soleh disisi Allah SWT.

 

Tarikh  : 25 Februari 2023 @ 11.15 pagi

Tempat : Rumah Kediaman, Allahyarham PP Encik Morni Bin Abul Kassim di kampung Daro

 

Yang Berbahagia Pemangku Controller Lt. Kol. Ding Tiew Wong (B) telah menziarahi rumah kediaman Allahyarham PP Encik Morni Bin Abul Kassim di Kampung  Daro. Turut bersama dalam rombongan ziarah ialah Penolong Pengurusan Perlabuhan Wilayah II,Sibu Cik Ratna Dewi Binti Bujang, Penolong Pegawai Tadbir LSS Cawangan Sarikei, Encik Mohd Fadzli Bin Noh dan Penolong Jurutera, Encik Peter Law Peng Hui. Dalam aktiviti ziarah tersebut, Pemangku Controller turut menyerahkan bantuan wang  khairat kematian dan sumbangan derma kepada isteri Arwah iaitu Puan Khamsuyah Binti Hasni sebagai bantuan untuk meringankan beban bagi keluarga Allahyarham Encik Morni Bin Abul Kassim. 

 

Sehubungan dengan itu, lawatan diteruskan dengan menziarahi tempat perkuburan Islam Daro bagi memperingati arwah.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Morni Bin Abul Kassim yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2023.Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kehilangan seorang anggota Penguatkuasa yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan penguatkuasaan.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dikalangan orang beriman dan beramal soleh disisi Allah SWT.

Sila Klik di sini untuk gambar seterusnya