News

Kempen Penguatkuasaan Dan Keselamatan Di Sungai Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 Di Daro
Posted on : 26 Apr 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 


Sila Klik Sini Untuk Gambar Seterusnya

KEMPEN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN DI SUNGAI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023 DI DARO

Tarikh: 22 April 2023

Tempat: Jeti Penumpang Daro, Daro

Pada 22 April 2023, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan Kempen Penguatkuasaan dan Keselamatan di Sungai sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023. Sempena kempen ini, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Dr. Murni Suhaili, telah mengingatkan orang awam agar sentiasa menggunakan jaket keselamatan ketika menggunakan bot ke destinasi masing-masing dan keselamatan itu adalah tanggungjawab bersama. Manakala untuk pengusaha bot-bot penumpang, beliau turut mengingatkan supaya mematuhi kapasiti penumpang yang ditetapkan seperti di dalam permit pengangkutan sungai dan tidak membawa kargo yang berlebihan. Beliau telah menyerahkan jaket keselamatan kepada operator dan penumpang bot serta agensi penguatkuasa di Daro.

Turut hadir bersama Pegawai Undang-Undang, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Puan Norida Sipek, Pegawai dari Pejabat Daerah Matu-Daro, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daro,  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Daro dan pegawai-pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah II, Sibu.