News

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI SERTA GOTONG-ROYONG BERSAMA KOMUNITI DI RUMAH KENYALANG ANAK BUYAI, NANGA SENGKARANJI MENUAN, KAPIT
Posted on : 27 May 2023  Source of News: Lembaga Sungai-sungai Sarawak
 

Pada 26 dan 27 Mei 2023 bertempat di Rumah Kenyalang Anak Buyai, Nanga Sengkaranji Menuan, Kapit.

Sila Klik disini untuk gambar yang seterusnya

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Bahagian Kapit, Wilayah II, Sibu telah menjayakan kempen ini yang dirasmikan oleh YB Tuan Jefferson Jamit ak Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN N63, Bukit Goram. Program bermula pada petang 26 Mei 2023 dengan aktiviti ceramah daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Majlis Daerah Kapit, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kapit dan Polis DiRaja Malaysia.  Selesai ceramah, Program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong melibatkan semua peserta dan penduduk rumah panjang dalam membersihkan sungai Menuan dan persekitaran rumah panjang yang terlibat. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti yang menggunakan sungai khususnya penduduk rumah Kenyalang ak Buyai tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.

Gimik perasmian pada 27 Mei 2023 dimulakan oleh YB Tuan Jefferson Jamit ak Unyat memotong kayu yang menghalang laluan navigasi sungai di sungai Menuan dan disaksikan oleh para jemputan dan penduduk kampung. Acara seterusnya ucapan pembukaan oleh Tuai Rumah Kenyalang ak Buyai, Nanga Sengkaranji Menuan, seterusnya ucapan oleh wakil Pemangku Controller LSS, Tuan Jerry Lenggir ak John Andrew dan ucapan perasmian oleh YB Jefferson Jamit ak Unyat dalam ucapan tersebut beliau berkata Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui LSS dengan objektif utamanya adalah menanam dan meningkatkan kesedaran awam berkenaan pentingnya aspek keselamatan di sungai dan memelihara kebersihan sungai serta persekitarannya. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kempen adalah dengan membabitkan komuniti setempat (Community Engagement) dan saya yakin tahap kesedaran awam dapat ditingkatkan dengan berkesan melalui pendekatan pembabitan secara langsung komuniti setempat dan seterusnya dapat memastikan pencapaian objektif yang disasarkan. 

Di akhir majlis, YB Jefferson Jamit ak Unyat telah menyerahkan 50 unit jaket keselamatan kepada Ketua rumah panjang di sekitar sungai Menuan dan rumah Kenyalang ak Buyai.Turut hadir menjayakan program ini ialah Tuai Rumah Kenyalang ak Buyai, Cik Inja Hellegers ak Achong, Jurutera Bahagian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kapit, Tuan Siva, PDRM, Tuan Jerry Lenggir Anak John Andrew, wakil Pemangku Controller LSS, Cik Ratna Dewi Bt. Bujang wakil Assistant Controller, Wilayah II, Sibu dan Puan Carol Bungan Leo, Penolong Pengurus Pelabuhan, Kapit serta ketua masyarakat  dan ketua kaum di Daerah Kapit. Seramai lebih kurang 100 peserta program telah hadir terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, para jemputan serta penduduk rumah panjang yang berhampiran.