News

KEMPEN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI SERTA PENYERAHAN PERALATAN KESELAMATAN KEPADA PESERTA PROJEK FACELIFT PERAHU TAMBANG FASA 2 (OKSHE)
Posted on : 13 Dec 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Sila klik sini untuk gambar seterusnya

Tarikh: 13 Disember 2023

Tempat: Kapal River Cruise, Tebingan Kuching

 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Wilayah I, Kuching telah berjaya menganjur program ini yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan, Sarawak (Sungai & Laut) mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin. Program dihadiri oleh Pegawai–pegawai dari Kementerian Pengangkutan Sarawak, Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak dan Lembaga Sungai–Sungai Sarawak, Sekretaiat OKSHE, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Para Pengusaha Bot Penambang sekitar Sungai Kuching yang beroperasi sebagai mod warisan pengangkutan untuk membawa pelancong-pelancong ke tempat menarik di Sungai Sarawak, Kuching.

 Program dimulakan dengan ceramah Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai serta taklimat  Perlesenan Bot dan Sijil Kecekapan Pemandu Bot, Permit Pengangkutan Sungai (RTP) dan Kewajipan Perlindungan Insuran yang disampaikan oleh Encik Melvin Vana Anak Rengga, Encik Osman Bin Abu Bakar dan Encik Awang Khairudin Bin Awang Buan dari pejabat Wilayah 1 Kuching, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Ceramah diteruskan lagi oleh Encik Mirzuandyn Bin Chuchu selaku secretariat OKSHE yang menguraikan peranan dan hala tuju OKSHE kepada para pengusaha bot-bot tambang.

 Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan Pemangku Controller Lt. Kol Ding Tiew Wong (Bersara) dan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak YB Dato Sri Lee Kim Shin.

 Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak menekankan bahawa objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan objektifadalah menanam dan meningkatkan kesedaran awam berkenaan pentingnya aspek keselamatan di sungai dan memelihara kebersihan sungai serta persekitarannya. Old Smart Kuching Heritage (OKSHE) merupakan inisiatif oleh kerajaan Sarawak dalam mengekalkan warisan dan tradisi iaitu salah satunya adalah pengusaha penambang sungai Sarawak. Usaha dan kominten Kerajaan Sarawak dalam membantu perusahaan perahu tambang turut dipergiatkan melalui Inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang.

Diakhir program YB Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak telah penyerahkan Permit Pengangkutan Sungai(RTP) dan peralatan keselamatan di dalam bot penambang kepada 22 pengusaha/operator perahu tambang Sungai Sarawak.

Turut hadir menjayakan program ini ialah Yang Berbahagia Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Teo Swee Ann, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Yang Berbahagia Encik Mohamad Marzuki bin Brahim, Pengarah, Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak, Yang Berusaha Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berbahagia Dr. Cheong Yaw Liang, Timbalan Residen Kuching, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamed Khaidir Bin Abang, Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU), Ketua-ketua Jabatan/Agensi Kerajaan serta Wakil Pegawai–pegawai dari Kementerian Pengangkutan Sarawak, Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak dan Lembaga Sungai–Sungai Sarawak.