News

LAWATAN KERJA MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK KE FASILITI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK, SEMATAN
Posted on : 19 Dec 2023  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Sila klik di sini untuk gambar seterusnya

Pada 19 Disember 2023, di Daerah Kecil Sematan Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak dan Timbalan Mentari Penangkutan Sarawak, YB Dato Henry Harry Jinep serta rombongan telah melawat pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang baharu beroperasi memula pada 1 Disember 2023 setelah ditutup pada tahun 2019 dahulu. Lawatan bersejarah ini juga membuka lembaran baru di Sematan dengan ada pejabat ini maka masyarakat dan pengguna sungai di sekitar sungai Sematan boleh berurusan terus dengan pegawai LSS jika ada urusan berkaitan dengan keselamatan dan kebersihan sungai.

Dalam lawatan ini juga YB Menteri dan  Timbalan Menteri serta rombongan telah melawat Sematan Wharf, Sematan (Jeti Sematan) yang merupakan jeti menjadi tumpuan pelancongan di sini dan meninjau 2 Alat Bantuan Pelayaran (Aids to Navigation) (AtoN) di Kuala Sematan dan Kem Wataniah, Sematan.

 Turut hadir ialah , YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Teo Swee Ann, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller LSS, Encik Gilbert anak Rusin, Ahli Lembaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak,  yang berusaha Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller, Wilayah I, Kuching ketua-ketua Jabatan Kerajaan/Agensi dan Ketua masyarakat yang dijemput.