News

PERTANDINGAN MEMANCING UDANG SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN DI SUNGAI SARAWAK, KUCHING
Posted on : 27 Apr 2024  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 


Sila klik sini untuk gambar seterusnya

Pada 27 April 2024 diperairan Sungai Sarawak, Kuching Waterfront bersempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah dilantik menjadi Jawatankuasa Pertandingan Memancing Udang dengan kerjasama Persatuan Kenu Sarawak, Polis Marin, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak sebagai penganjur utama Sambutan Hari Air Sedunia yang berlangsung pada 27 & 28 April 2024. 


Taklimat pertandingan dan keselamatan di sungai telah diberikan kepada para pemancing dan pertandingan memancing bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari yang disertai oleh lebih kurang 100 orang memancing menggunakan bot dan kawalan keselamatan di sungai dikawal selia oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Polis Marin dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak. 

Juara pertandingan memancing udang milik Encik Zainal Abidin bin Noh dengan memperolehi berat udang galah 0.178kg, tempat ke 2 (dua) Encik Saman Mieso dan tempat ke (tiga) Encik Shaifol Nawi dan 5 pemenang saguhati serta 5 cabutan bertuah khas kepada peserta memancing sahaja. 

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) dan diiringi YBhg Mejar (K) Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia, YBhg. Dato’ Mohamad Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam. Turut hadir ialah Yang berusaha Encik Angga Maga wakil Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Nur Hariq bin Hamzah wakil Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak dan para jemputan serta peserta pentandingan memancing udang.