loading
CANCEL X
loading      Loading...

 
Sarawak IDLogin | Register
  • Home
  • Message
    • Chairman's Message
  • News & Other Media
    • News Release
    • SRB Photo Gallery
    • SRB Video Gallery
  • Online Services
    • Links
      • E-Recruitment
      • TALIKHIDMAT
      • My SMS
      • E-Library
    • Online Statictics
    • SRB Management System
    • Customer Satisfaction
  • Corporate Profile
    • About Sarawak Rivers Board
    • Vision & Mission
    • Organisation Chart
    • Functions Of SRB
    • Legislation
      • Power & Duties
      • Sarawak Rivers Ordinance
      • Digital Economy
      • Rivers Information
      • Gazetted Wharves and Terminal
      • Gazetted Anchorage Area
      • Wharf Fees
    • Barrage & Shiplock
      • General Information
      • Design
      • Flood Warning System
    • Quality Initiatives
      • Key Focus Area (KFA)
      • MS ISO 9001: 2008
      • 5S
      • KIK
  • Client's Charter
    • Client's Charter
    • Client's Charter Achievement
  • Contact Us
    • Our Office
    • SRB Management Team
    • Staff Directory
    • Freedom of Information
  • Download
    • General Download
    • Tender & Quotation
    • Forms
    • Open Data
  • F.A.Q.
Scan For Mobile
Calendar
Polls
POLL

Archive
Announcement
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

X

Photo Gallery

Slide1.JPG
 
Penyerahan Cek dan Sumbangan Ikhlas Staf LSS Kepada PA Encik Abu Bakar Bin Ramali
Date: 10 Mar 2023
Penyerahan Cek dan Sumbangan Ikhlas Staf LSS Kepada PA Encik Abu Bakar Bin Ramali Tarikh : 10 Mac 2023 @ 11.15 pagi Tempat : Rumah Kediaman, PA Encik Abu Bakar Bin Ramali di kampung Piasau Utara, Miri Yang Berbahagia Dr. Murni Bin Suhaili pengerusi LSS bersama-sama rombongan dan kakitangan LSS telah menziarahi rumah kediaman PA Encik Abu Bakar Bin Ramali di Kampung Piasau Utara, Miri. Turut bersama dalam rombongan ziarah ialah Ahli Lembaga Pengarah LSS, Pemanca Kane Manong,Pemangku Controller, Lt. Kol Ding Tiew Wong, Assistant Controller Pentadbiran, Encik Leonard Luhat Laing serta Pegawai LSS yang terlibat. Dalam aktiviti ziarah tersebut, Pengerusi LSS turut menyerahkan cek bantuan dan sumbangan kepada isteri Encik Abu Bakar iaitu Puan Noorshazwani Abdullah sebagai bantuan meringankan beban bagi keluarga Encik Abu bakar Bin Ramali. Sehubungan dengan itu, beliau merupakan kakitangan LSS yang sudah berkhidmat selama 29 tahun telah pun bersara awal pada 1 Januari 2023 akibat masalah kesihatan yang dialami. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kehilangan seorang anggota kakitangan yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan selama 29 tahun .

Slide1.JPG
 
Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai Di Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram
Date: 10 Mar 2023
Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai Di Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram Tarikh: 10 Mac 2023 Tempat: Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram Pada 10 Mac 2023, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep berserta ADUN N.76 Marudi, YB Datuk Dr. Penguang Manggil. Gotong-royong telah diadakan pada hari sebelumnya yang disertai oleh 40 orang penduduk kampung. Objektif program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan LSS dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh LSS melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan masyarakat setempat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai. Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan bersama ADUN N.76 Marudi, YB Datu Dr Penguang Manggil dengan menyerahkan 30 jaket keselamatan kepada penduduk Kampung Loagan Bunut, Tinjar, Baram Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Manong, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller Wilayah III, Miri, Encik Charles Aloysius Lisu, Pegawai Daerah Beluru, Ketua Kampung Dennis Anak Jalin, Encik Nasir Bin Razali, Penolong Pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat, BPP Lopeng, Encik Unong Sema, Penolong Pegawai Perubatan, KK Long Lama, penduduk Kampung Loagan Bunut dan para jemputan. Seramai 300 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan penduduk Kampung Loagan Bunut serta sekitarannya. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS Wilayah III, Miri serta semua yang terlibat.

Slide4.JPG
 
Penyerahan Bantuan Khairat Kematian dan Sumbangan Derma Staf LSS Kepada Waris Allahyarham PP Encik Morni bin Abul Kassim
Date: 25 Feb 2023
Tarikh : 25 Februari 2023 @ 11.15 pagi Tempat : Rumah Kediaman, Allahyarham PP Encik Morni Bin Abul Kassim di kampung Daro Yang Berbahagia Pemangku Controller Lt. Kol. Ding Tiew Wong (B) telah menziarahi rumah kediaman Allahyarham PP Encik Morni Bin Abul Kassim di Kampung Daro. Turut bersama dalam rombongan ziarah ialah Penolong Pengurusan Perlabuhan Wilayah II,Sibu Cik Ratna Dewi Binti Bujang, Penolong Pegawai Tadbir LSS Cawangan Sarikei, Encik Mohd Fadzli Bin Noh dan Penolong Jurutera, Encik Peter Law Peng Hui. Dalam aktiviti ziarah tersebut, Pemangku Controller turut menyerahkan bantuan wang khairat kematian dan sumbangan derma kepada isteri Arwah iaitu Puan Khamsuyah Binti Hasni sebagai bantuan untuk meringankan beban bagi keluarga Allahyarham Encik Morni Bin Abul Kasim. Sehubungan dengan itu, lawatan diteruskan dengan menziarahi tempat perkuburan Islam Daro bagi memperingati arwah. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Morni Bin Abul Kassim yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2023.Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kehilangan seorang anggota Penguatkuasa yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan penguatkuasaan.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dikalangan orang beriman dan beramal soleh disisi Allah SWT.

Slide1 (2).JPG
 
Majlis Kesyukuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Date: 03 Mar 2023
Pada 3 Mac 2023, Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mengadakan Majlis Kesyukuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bagi meraikan pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat LSS yang menerima APC 2021. Dalam pada masa yang sama, turut mengalu-alukan kedatangan Encik Leonard Luhat Laing sebagai Assistant Controller (Pentadbiran) bermula 1 Mac 2023. Selain itu, majlis tersebut meraikan Encik Leo anak Nanang, Assistant Controller (Riverine Safety) yang akan menyambung pengajian beliau di peringkat Sarjana di Universiti Kuala Lumpur. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller, dan seterusnya penyampaian APC kepada pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat LSS. Berikut adalah penerima APC tahun 2021 adalah Encik Sam anak Budi (Assistant Controller,Technical Services), Puan Hafsah binti Rahman (Ketua Unit, HRM), Encik Mazlan Raduan (Pembantu Penguatkuasa), Encik Mohammad Fitrillah bin Sapawi (Pembantu Tadbir), Encik Cosleycan anak Ahon (Pembantu Laut), Encik Roshidi bin Mohamed Rizan (Pembantu Laut) dan Encik Edward anak Laga (Pembantu Penguatkuasa). Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang mempamerkan perkhidmatan cemerlang dan semoga anugerah ini dapat memberikan motivasi kepada semua warga LSS dalam menambahbaik mutu perkhidmatan.

Slide1.JPG
 
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Lanskap Sungai Dalam Kampung Kawasan ADUN N20 Tarat Bagi Tahun 2022 (Bil.9/2022)
Date: 28 Jan 2023
Tarikh: 28/01/2023 Tempat: Dewan Serbaguna, Kampung Pesang, Padawan Lembaga Sungai- Sungai Sarawak telah menganjurkan program Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Lanskap Sungai Dalam Kampung Kawasan ADUN N20 Tarat bagi tahun 2022 (Bil.9/2022), bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Pesang, Padawan. Majlis dirasmikan YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) merangkap ADUN N20 Tarat, dengan melepaskan 5 ribu ekor anak ikan sebagai simbolik majlis di Kampung Pesang River Lodge. Majlis diteruskan di Dewan Serbaguna Kampung Pesang bagi jamuan makan malam dan penyampaian hadiah. Antara aktiviti yang turut diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna kategori kanak-kanak yang diadakan pada sebelah petang dan disertai oleh 30 orang peserta dan hadiah telah disampaikan oleh Pemangku Controller LSS, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara). Pemenang bagi Pertandingan Kebersihan dan Lanskap Sungai Dalam Kampung Kawasan ADUN N20 Tarat bagi tahun 2022 yang telah disertai oleh 13 buah kampung adalah Kampung Pesang, manakala bagi kedudukan tempat ke-dua pula adalah Kampung Simpok, seterusnya tempat ke-tiga disandang oleh, Kampung Munggu Kopi dan 5 buah kampung telah mendapat hadiah sagu hati iaitu Kampung Maang, Kampung Sira, Kampung Sarig, Kampung Peraya dan Kampung Stabut. YB Datuk telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang-pemenang Pertandingan Kebersihan Dan Lanskap Sungai dalam kawasan ADUN N20 Tarat. Turut hadir dalam majlis ini Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Encik Damen anak Rejek, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Rudy Beltran Paris, Pegawai Daerah Serian, Encik Ranum anak Bari, Ketua Kaum Kampung Pesang, Encik Dony anak Nuong, Ketua-ketua Jabatan serta wakil, Kaunselor, Penghulu, Ketua Kaum dan penduduk Kampung Pesang.

Slide1.JPG
 
LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UITM KEDAH KE LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Date: 05 Jan 2023
Pada 5 Januari 2023, bertempat di bilik mesyuarat Ibu Pejabat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, seramai 24 rombongan pelajar dari UiTM Kedah yang diiringi oleh seorang pensyarah, Profesor Madya Dr. Mahazir Bin Ismail, telah mengadakan lawatan akademik pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa (BA246), ke Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Semasa lawatan diadakan, Encik Leo anak Nanang, Assistant Controller (Riverine Safety), mewakili Pemangku Controller, telah memberi taklimat mengenai fungsi-fungsi dan peranan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kepada semua pelajar terlibat. Respon yang diterima adalah sangat baik dari pihak rombongan dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kerana telah mengurus dan mentadbir sungai-sungai di Sarawak dengan baik. Pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang turut hadir bersama adalah Encik Jerry Liew Tze Sieng, Assistant Controller (Barrage and Fleet), Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri), Puan Norida Sipek, Pegawai Undang-Undang, Encik Angga Maga, Ketua Unit (River Heritage), Encik Jerry Lenggir, Penolong Pegawai Penguatkuasa, Puan Hafsah Binti Rahman, Ketua Unit (Sumber Manusia) dan Puan Lizia Bungai, Penolong Pegawai Tadbir (Bahagian Kewangan).

Slide1.JPG
 
Majlis Apresiasi Wilayah III, Miri
Date: 10 Jan 2023
Majlis Apresiasi Wilayah III, Miri. Pada 10 Januari 2023 di pejabat Wilayah III, Miri majlis apresiasi diadakan dengan secara kecil untuk mengenang jasa dan sumbangan pegawai pada tahun lepas dengan kehadiran pegawai-pegawai dari semua pejabat, cawangan dan stesen hadir bagi menjayakannya. Majiis dimulakan dengan mendengar ucapan pendahuluan oleh Encik Leonard Luhat Laing Assistant Controller Wilayah III, Miri dan seterusya amanat daripada Tuan Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai- Sungai Sarawak dan mengalu-alukan kehadiran Pembantu Am Rendah iaitu Encik Terrence Lim yang baru melaporkan diri hari ini dan akhir majlis apreasiasi Pemangku Controller telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2022 kepada staff yang mempamerkan perkhidmatan cemerlang dan semoga ianya menjadi pemangkin dan motiviasi kepada semua warga LSS dalam meningkatkan mutu kerja di jawatan masing-masing. Turut hadir dalam majlis ini, Penolong Pegawai Pelabuhan, Encik Mohd. Ariffin B. Haji Bujang, Penolong Pegawai Penguatkuasa Encik Riyung Barau dan warga Wilayah III, Miri LSS.

Group Photo.jpg
 
Program Kempen Kesedaran Keselamatan,dan Kebersihan Sungai di Kampung Piasau Utara, Miri
Date: 06 Nov 2022
Pada 6 November 2022, pihak Kementerian Pengangkutan, Sarawak, telah menganjurkan Program Kempen Kesedaran Keselamatan,dan Kebersihan Sungai di Kampung Piasau Utara, Miri dan dibantu oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam untuk memelihara dan menjaga sungai supaya sentiasa bersih dan selamat serta menyerahkan jaket keselamatan kepada nelayan di Kampung Piasau Utara, Miri. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, merangkap ADUN N75, Senadin. Sempena dengan program, pertandingan mewarna kanak-kanak sekolah juga telah diadakan pada hari sebelumnya dalam usaha untuk memupuk kesedaran mereka semasa kecil tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai. Program ini telah dimulakan dengan dua (2) ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohamad Harris Bin Osman dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bertajuk “Kesedaran,Keselamatan dan Kebersihan Sungai”, Encik Joseph Uyo dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak bertajuk “Penjagaan & Pemuliharaan Alam Sekitar. Dalam ucapan Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg, Dr. Murni Suhaili, objektif utama program begini diadakan untuk menanam dan meningkatkan kesedaran awam berkenaan pentingnya keselamatan dan kebersihan sungai serta persekitarannya, menanam sikap sayang dan cintakan sungai di kalangan Keluarga Malaysia di Sarawak dan meningkatkan perkongsian maklumat dan kerjasama di antara agensi, jabatan Kerajaan dan penduduk tempatan. Dalam ucapan Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan, Sarawak, Program Kebersihan dan Keselamatan Sungai yang dianjurkan adalah selaras dengan objektif Kementerian Pengangkutan, Sarawak, iaitu meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini termasuklah usaha untuk mengurangkan risiko kemalangan jika berlakunya banjir di musim tengkujuh. Beliau menasihati kaum ibu bapa untuk sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak terutamanya ketika banjir berlaku serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa demi menjaga keselamatan masing-masing. Beliau juga menyeru agar orang awam serta para penduduk sekitar sungai untuk terus menjaga kebersihan persekitaran sungai. Ini amat penting kerana penyakit akan lebih cepat berjangkit dan menular di dalam keadaan banjir ini. Perkara ini boleh berlaku disebabkan segala kekotoran serta sampah sarap yang terkumpul di sekitar sungai akan dibawa oleh air banjir dan membahayakan kesihatan penduduk. Sempena program ini, sebanyak 40 jaket keselamatan telah diserahkan kepada 40 orang nelayan di Kampung Piasau Utara, Miri. Turut menghadiri program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YB Dato Adam Yii, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Miri, Encik Teo Swee Ann, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak, Encik Sam Budi, wakil Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Juan Ubit, wakil Residen Bahagian Miri, Cr. Jeffrey Phang Siaw Foong, Cr. Abdullah Bin Jaini, Encik Samion Bin Ghani, Penghulu Kawasan Piasau, Encik Hipni Bin Sulong, Ketua Kaum Kampung Piasau Utara, Encik Nasir Abd Rahim, Penghulu Kawasan Lutong, Encik Sa’at Hj. Bos, Ketua Kaum Kampung Muhibbah, Kuala Baram, Ketua-Ketua Jabatan serta ahli JKKK Kampung Piasau Utara. Seramai 130 peserta program yang hadir terdiri daripada warga kampung dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran MOTS dan LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga Kementerian Pengangkutan, Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta semua yang terlibat.

Slide1.JPG
 
Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai Di Kampung Serikin, Kampung Duyoh dan Kampung Bogag, Bau
Date: 30 Oct 2022
Tarikh : 29 dan 30 Oktober 2022 Tempat : Balai Raya Kampung Serikin, Bau Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan,dan Kebersihan Sungai di tiga (3) buah kampung iaitu Kampung Serikin, Kampung Duyoh dan Kampung Bogag, Bau. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan semangat gotong-royong dan membersih kebersihan di setiap sungai yang berada di kampung tersebut. Program yang bermula pada 29 Oktober 2022 dengan aktiviti mengutip, mengumpul dan membersih sungai-sungai di tiga (3) buah kampung terlibat dengan penyertaan seramai 150 orang setiap kampung. Sehubungan itu, pada 30 Oktober 2022, program ini dirasmikan dan ditangguh oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak [Laut dan Sungai], Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep merangkap Adun N2, Tasik Biru. Sempena dengan program yang telah dianjurkan aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak bagi berumur 4 hingga 6 tahun dan gotong-royong mengutip sampah sambil riadah di tiga(3) buah Kampung Serikin, Kampung Duyoh, Kampung Bogag turut diadakan. Selepas pertandingan mewarna, program ini diteruskan lagi dengan tiga (3) ceramah yang disampaikan oleh Encik Mahda Bin Kiffpeli dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bertajuk “Kesedaran,Keselamatan dan Kebersihan Sungai”, Encik Willie Micheal dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak bertajuk “Peranan Dalam Menjaga Kualiti Air Sungai” dan Encik Mohamad Zulhelmi Bin Khairil dari Majlis Daerah Bau dengan tajuk ceramah “Pengurusan Sisa-Sisa Pepejal”. YB Dato menekankan bahawa program sebegini adalah penting untuk meningkatkan lagi kesedaran awam tentang keselamatan dan kebersihan di sungai serta menyemai budaya mencintai sungai di kalangan masyarakat. Disamping itu beliau juga menyeru agar pengusaha semua jenis perusahaan yang terletak di tebingan sungai agar tidak membuang sisa sisa buangan ke dalam sungai agar sungai tidak tercemar dan keselamatan pengguna sungai terjamin. YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Penangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak menganjurkan program sebegini di kalangan masyarakat setempat. Turut menghadiri program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berhormat Gilbert anak Rusin, Ahli Lembaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Zul bin usup, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pengangkutan Sarawak Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Ketua Kaum Jepes Anak Gobis,Kampung Serikin, Ketua Kaum Tandi Anak Ginep Kampung Jagoi Duyoh, Ketua Kaum Bogeg Anak Nyaon Kampung Bogag, dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua kaum Kampung Bau. Seramai 100 peserta program yang hadir terdiri daripada warga kampung dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta semua yang terlibat.

Slide1.JPG
 
LAWATAN KERJA YB MENTERI PENGANGKUTAN, SARAWAK DAN ROMBONGAN KE EMPANGAN BENGOH DAN TASIK DANU, SERIAN
Date: 13 Oct 2022
Pada 13 Oktober 2022, Menteri Pengangkutan, YB Dato Sri Lee Kim Shin, telah mengadakan lawatan kerja ke Empangan Bengoh. Tujuan program lawatan kerja ini merupakan satu inisiatif dan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dengan objektif utama untuk menanam dan meningkatkan kesedaran awam berkenaan pentingnya keselamatan pengangkutan sungai dan selain itu pemeliharaan kebersihan sungai serta persekitarannya. YB Menteri Pengangkutan, dan rombongan telah membuat tinjauan ke Pengkalan Muk Ayun, Pengkalan Rarag, Pengkalan Dayak, Pengkalan Nyegor dan dan berakhir di Pengkalan Kandung yang memakan masa 40 minit dari jeti perlepasan. Dalam ucapan YB Menteri Pengangkutan Sarawak di Pengkalan Kandung, Kampung Sting, beliau menyeru agar pihak pengusaha bot pelancong serta komuniti setempat senstiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam membantu pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak terus merancang dan program-program sedemikian pada masa akan datang dan berharap komuniti setempat dan pihak pengusaha bot pelancong masih mengutamakan akan pentingnya memelihara sungai yang menjadi sumber air, ekonomi dan pengangkutan utama. Tambah beliau lagi, bagi memastikan dan meneruskan pengangkutan sungai yang selamat Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah memperuntukkan RM250,000.00 untuk tujuan pemasangan lima (5) unit Riverine Traffic Signage di Kawasan Empangan Bengoh yang dijangka dipasang siap sepenuhnya pada pada April 2023. Pada akhir program, YB Menteri Pengangkutan telah menyerahkan jaket keselamatan kepada pihak pengusaha bot serta komuniti setempat iaitu komuniti Kampung Sting, Kampung Muk Ayun dan Kampung Nyegor. Seramai 50 orang komuniti setempat yang telah terlibat bersama menjayakan program ini. Turut hadir bersama Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara), YB Datuk Dr. Jerip Susil, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yg. Berbhg. Dr. Murni Suhaili, Pemanca Raymond Jihap, Penghulu Peter Anggom serta rombongan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Selesai lawatan kerja di Empangan Bengoh, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Sarawak serta rombongan telah ke Serian bagi Lawatan Kerja untuk Program Memasang “Marker Buoy” di Tasik Danu, Serian. Turut hadir bersama Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yg. Berbhg. Dr. Murni Suhaili, Ahli Lembaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Anak Manong, Assistant Controller (Wilayah I), Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller (Riverine Safety), Encik Leo Anak Nanang, Setiausaha Majlis Daerah Serian, Encik Colline John Sitin, DID, Encik Rollin Jenta serta rombongan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 12
  • 13

Useful Link

Link to Marine Deparment Sarawak Region
Link to Ministry of Transport Sarawak
Link to Sarawak Government
Link to Malaysia Government
Link to Sarawak Government
Link to Premier of Sarawak


Last Updated Date : 23 March 2023

MON- THURS : 8:00 AM - 5:00 PM
FRIDAY : 8:00 AM - 11:45 PM | 2:15 PM - 5.00 PM
Sarawak Rivers Board
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak

Tel : +6082- 234 092/234 093
Fax : +6082- 234 096
Terms and ConditionsPrivacySecurityDisclaimerCopyright NoticeFAQW3C Disability AccessFeedback
Visitor Counter: 4151554