Majlis Apresiasi dan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Date: 24 Feb 2019 Pada 19 Februari 2024, Kementerian Pengangkutan Sarawak telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Sambutan Tahun Tahun Cina 2024 di Raia Hotel & Convention Center Kuching. Turut dijemput warga Pengurusan dan kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bagi memeriahkan dan menjayakan majlis tersebut.
Majlis dimulakan dengan gimik persembahan Sambutan Tahun baru Cina 2024 iaitu persembahan tarian singa oleh Persatuan Tokong Wong Kung Sien-Sze Kuching dan 'welcoming dance' dari lapan (8) orang kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YB. Dato Ir. Alice Jawan Empaling selaku Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak.
Majlis Apresiasi dan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 pada malam tersebut telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Dalam ucapan beliau, suasana yang penuh semangat, majlis apresiasi sebegini merupakan kesempatan untuk mengeratkan silaturahim dan memantapkan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Pada kemuncak majlis ini, beberapa penganugerahan bagi kakitangan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak antaranya adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan Tahun 2023 (APC), Anugerah Penghargaan Perkhidmatan bagi kakitangan yang bakal bersara pada tahun 2024 dan Anugerah Khas bagi Kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian khas daripada Controller, Pegawai dan kakitangan LSS seramai sepuluh (10) orang turut dipersembahkan pada malam tersebut dengan lagu bertajuk Gong Xi Gong Xi dan He Xin Nian.
Terdapat 19 orang penerima bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan LSS Tahun 2023. Manakala Anugerah Penghargaan Perkhidmatan bagi kakitangan yang bakal bersara tahun 2024 kepada Puan Latifah Binti Mohamad Bujang, Encik Hussain Bin Abdul Rani dan Encik Osman Bin Abu Bakar yang telah disampaikan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin.
Anugerah Khas Bagi Kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak adalah merupakan anugerah penghargaan dalam peristiwa menyelamat orang awam dari cubaan bunuh diri di Terminal Penumpang Kapit pada 5 Januari 2024. Hasil daripada cubaan tersebut, Pembantu Penguatkuasa dan Pembantu Laut yang bertugas pada masa tersebut berjaya menyelamatkan seorang orang awam yang berumur lingkungan 30an dari terjun di jeti Terminal Penumpang Kapit. Kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang terlibat adalah Encik Mohd Zailani Han Bin Abdullah dan dibantu oleh Encik Mikey Ak Akang, Encik Geogry Sibat Ak Temeling, Puan Stephenie Lyvan Jalong dan Encik Jackson Jaong.
Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis makan malam, Timbalan-Timbalan Menteri, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, para jemputan, warga kerja dan kakitangan LSS yang melibatkan semua wilayah.
KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DI ENGKELILI, SRI AMAN Date: 13 Jan 2024 Tarikh: 13 Januari 2023
Tempat: Tebingan Sungai, Pangkalan R.C Engkelili, Engkelili, Sri Aman
Masa : 1230 tengah hari
Pada 13 Januari 2023, Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak berserta rombongan telah mengadakan lawatan “Walk-About’ ke Tebingan Sungai, Pangkalan R.C Engkelili, Pekan Engkelili, Sri Aman.
Beliau juga telah menyerahkan sebanyak 50 jaket keselamatan kepada pihak Kaunselor-Kaunselor, Penghulu dan Ketua Kampung. Turut hadir bersama Yang Berbahagia Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, pihak pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, pihak Majlis Daerah Kecil Engkelili dan 50 orang jemputan terdiri daripada Kaunselor-Kaunselor, Penghulu dan Ketua Kampung daripada Pekan Engkelili.
SARAWAK REGATTA 2023 “RACE FOR HARMONY” Date: 05 Nov 2023 Pada 3-5 November 2023, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mengetuai Jawatankuasa Teknikal Sarawak Regatta 2023 “Race For Harmony” yang telah berlangsung di Tebingan Sungai Sarawak, Kuching. Jawatankuasa Teknikal ini terdiri JKK Urusetia dan Dokumentasi, JKK Pengangkutan dan Peralatan, JKK Keselamatan Trafik dan Fasiliti, JKK Persiapan Fizikal dan Kebersihan Sungai, JKK Kewangan, dan Jamuan, JKK Perhubungan Awam dan Publisiti. Agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Teknikal ini ialah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Pejabat Residen Bahagian Kuching, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak (PPM), Sarawak CoastGuard (UKPS), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak , Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Jawatankuasa Keselamatan di Sungai telah ditugaskan untuk memastikan aspek keselamatan dan laluan perlumbaan dan trafik sungai dalam keadaan baik sepanjang perlumbaan ini berlangsung.
Untuk memastikan aspek keselamatan di sungai sebanyak 26 aset dan logistik keselamatan air diaturgerak bersiap sedia antaranya Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menggunakan 2 buah Bot Penguatkuasaan, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak (PPM) 6 buah Bot dan 2 buah Jet Ski, Sarawak CoastGuard (UKPS) 2 buah Bot Interceptor, Jabatan BOMBA Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak 4 buah Bot Alumnium dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 3 buah bot Aluminium, 1 buah Bot Sealegs dan 1 buah Bot Destiny.
Zon perlumbaan ini bermula dari Adan A - Kampung Semarang ke garisan penamat iaitu berhadapan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) dengan jarak 1800 meter (1.8KM) bagi Kategori acara Bidar 15, 20, 25 dan 30 pekayuh dan Adan B – Surau Kampung Surabaya dengan jarak 1000 meter (1KM) bagi Kategori acara Balok 7, Bidar 10 pekayuh dan perahu Kenyalang.
Diantara pasukan-pasukan yang bertanding sepanjang Sarawak Regatta 2023 ialah UDAK, KHAZANAH UJANG, SINARAN, DBKU, RG4RC, SRI PAKAH, PANCAR BURQ SAKTI, TODAK BERJAYA, ENRAZ CAHAYA ZEN, JANG, UDAK BERJAYA, LANDAS, YAYASAN SARAWAK, BURAQ TERBANG TANJUNG DATO, SRI URAI, BDA BINTANG TERBANG, KELISA, JANG H2 ENERGY, ICATS, JABATAN HUTAN SARAWAK, BOMBA, NREB, UITM, BINTULU PORT, UNIMAS, KPWKM, SSC, CATS FM dan UKPS. Jumlah keseluruhan penyertaan yang diterima ialah 370 pasukan dan jumlah 7,680 pekayuh (orang).
Juara Raja bagi Sungai Sarawak Regatta Tahun 2023 telah dinobatkan kepada Pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak 35, diikuti tempat ke dua Pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak 52 dan tempat ke tiga Pasukan UDAK 18. Piala dan hadiah Juara Raja Sungai Sarawak Regatta 2023 telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj merupakan Sultan Selangor ke-9 dan diiringi oleh Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.
Simbolik penanguhan Sarawak Regatta 2023, Pemangku Controller, Lt. Kol. Ding Tiew Wong telah penyerahan pengayuh kepada Residen Bahagian Kuching, Puan Norleha bt Hj. Shariff untuk Sarawak Regatta Tahun 2024.
PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN ANJURAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK DAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEMAJUAN KAMPUNG TANAH HITAM DI SEMATAN, LUNDU Date: 19 Dec 2023 Tarikh: 19 Disember 2023
Tempat: Dewan Chung Hua, Sematan, Lundu
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Wilayah I, Kuching telah berjaya menganjur program ini yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan, Sarawak (Sungai & Laut) selaku tetamu kehormat merangkap ADUN N2, Tasik Biru. Program dihadiri oleh penduduk Kampung Tanah Hitam No.1 dan No.2 Sematan, Lundu.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di Daerah Kecil Sematan, Lundu khasnya komuniti penduduk kampung Tanah Hitam di Sematan tentang kepentingan keselamatan serta kebersihan di sungai. Pada masa yang sama ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi kolaborasi antara Jabatan/Agensi Kerajaan di dalam memastikan aspek keselamatan dan kebersihan sungai di Daerah Kecil Sematan terjamin.
Program dimulakan senamrobik dan aktiviti gotong-royong membersih Kampung Tanah Hitam No.1 dan No.2 oleh penduduk kampung Tanah Hitam disamping itu, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika kampung Tanah Hitam juga dijalankan. Ceramah kesedaran awam yang disampaikan oleh Encik Toni Douglas Noping dari LSS, Bahagian Miri yang bertajuk Fungsi LSS, Keselamatan dan Kebersihan Sungai Harus Diutamakan, ceramah seterusnya disampaikan oleh Encik Mengiring Anak Asang dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan ceramah Sarawak Forestry Corpotation (SFC).
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Kaum, Kampung Tanah Hitam No. 1 Encik Marizan Bin Jamahari dan ucapan aluan oleh YB Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Haji Adenan, merangkap Adun N.3 Tanjung Datu, ucapan perasmian dan menangguhan program oleh YB Dato Henry Harry Jinep dalam ucapan perasmian beliau menekankan pentingnya Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini dan ianya merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan Kerajaan Sarawak melalui LSS. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kempen adalah dengan membabitkan komuniti setempat (Community Engagement) dan yakin tahap kesedaran awam dapat ditingkatkan dengan berkesan melalui pendekatan pembabitan secara langsung komuniti setempat dan seterusnya dapat memastikan pencapaian objektif yang disasarkan. YB Timbalan Menteri juga memaklumkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah membuka semula pejabat LSS Sematan bermula bulan Disember 2023 setelah ditutup pada tahun 2019 yang lepas, supaya keselamatan pengguna di sungai lebih terjamin dan kehadiran pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak di Sematan dapat memantau dan mambantu masyarakat di Sematan.
YB Timbalan Menteri Pengangkutan Saraawak (Sungai dan Laut) dan YB Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Haji Adenan juga telah menyerahkan 100 jaket keselamatan untuk Ahli Persatuan Nelayan Lundu dan Sematan dan hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, kutipan sampah terbanyak, cendehati kepada penceramah serta cabutan nombor bertuah.
Turut menjayakan program pada kali ini, YB Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Haji Adenan, Adun N.3 Tanjung Datu, YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller LSS, Encik Teo Swee Ann, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak, Pemanca Kane@Ken Anak Manong, Ahli Lembaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Gilbert anak Rusin, Ahli Lembaga, yang berusaha Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller, Wilayah I, Kuching ketua-ketua Jabatan Kerajaan/Agensi dan Ketua masyarakat yang dijemput.
Seramai lebih kurang 150 peserta program telah hadir terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Ketua Kaum dan Masyarakat disekitar Kampung Tanah Hitam No.1 dan No. 2 Sematan. Semua peserta menyambut baik program yang dianjur dan mencadangkan yang sama turut diadakan pada masa akan datang.
LAWATAN KERJA MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK KE FASILITI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK, SEMATAN Date: 19 Dec 2023 Pada 19 Disember 2023, di Daerah Kecil Sematan Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak dan Timbalan Mentari Penangkutan Sarawak, YB Dato Henry Harry Jinep serta rombongan telah melawat pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang baharu beroperasi memula pada bulan Disember 2023 setelah ditutup pada tahun 2019 dahulu. Lawatan bersejarah ini juga membuka lembaran baru di Sematan dengan ada pejabat ini maka masyarakat dan pengguna sungai di sekitar sungai Sematan boleh berurusan terus dengan pegawai LSS jika ada urusan berkaitan dengan keselamatan dan kebersihan sungai.
Dalam lawatan ini juga YB Menteri dan Timbalan Menteri serta rombongan telah melawat Sematan Wharf, Sematan (Jeti Sematan) yang merupakan jeti menjadi tumpuan pelancongan di sini dan meninjau 2 Alat Bantuan Pelayaran (Aids to Navigation) (AtoN) di Kuala Sematan dan Kem Wataniah, Sematan.
KEMPEN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI SERTA PENYERAHAN PERALATAN KESELAMATAN KEPADA PESERTA PROJEK FACELIFT PERAHU TAMBANG FASA 2 OLD KUCHING SMART HERITAGE (OKSHE) Date: 13 Dec 2023 Tarikh: 13 Disember 2023
Tempat: Kapal River Cruise, Tebingan Kuching
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Wilayah I, Kuching telah berjaya menganjur program ini yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan, Sarawak (Sungai & Laut) mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin. Program dihadiri oleh Pegawai–pegawai dari Kementerian Pengangkutan Sarawak, Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak dan Lembaga Sungai–Sungai Sarawak, Sekretaiat OKSHE, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Para Pengusaha Bot Penambang sekitar Sungai Kuching yang beroperasi sebagai mod warisan pengangkutan untuk membawa pelancong-pelancong ke tempat menarik di Sungai Sarawak, Kuching.
Program dimulakan dengan ceramah Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai serta taklimat Perlesenan Bot dan Sijil Kecekapan Pemandu Bot, Permit Pengangkutan Sungai (RTP) dan Kewajipan Perlindungan Insuran yang disampaikan oleh Encik Melvin Vana Anak Rengga, Encik Osman Bin Abu Bakar dan Encik Awang Khairudin Bin Awang Buan dari pejabat Wilayah 1 Kuching, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Ceramah diteruskan lagi oleh Encik Mirzuandyn Bin Chuchu selaku secretariat OKSHE yang menguraikan peranan dan hala tuju OKSHE kepada para pengusaha bot-bot tambang.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan Pemangku Controller Lt. Kol Ding Tiew Wong (Bersara) dan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak YB Dato Sri Lee Kim Shin.
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak menekankan bahawa objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan objektifadalah menanam dan meningkatkan kesedaran awam berkenaan pentingnya aspek keselamatan di sungai dan memelihara kebersihan sungai serta persekitarannya. Old Smart Kuching Heritage (OKSHE) merupakan inisiatif oleh kerajaan Sarawak dalam mengekalkan warisan dan tradisi iaitu salah satunya adalah pengusaha penambang sungai Sarawak. Usaha dan kominten Kerajaan Sarawak dalam membantu perusahaan perahu tambang turut dipergiatkan melalui Inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang.
Diakhir program YB Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak telah penyerahkan Permit Pengangkutan Sungai(RTP) dan peralatan keselamatan di dalam bot penambang kepada 22 pengusaha/operator perahu tambang Sungai Sarawak.
Turut hadir menjayakan program ini ialah Yang Berbahagia Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Teo Swee Ann, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Yang Berbahagia Encik Mohamad Marzuki bin Brahim, Pengarah, Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak, Yang Berusaha Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berbahagia Dr. Cheong Yaw Liang, Timbalan Residen Kuching, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamed Khaidir Bin Abang, Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU), Ketua-ketua Jabatan/Agensi Kerajaan serta Wakil Pegawai–pegawai dari Kementerian Pengangkutan Sarawak, Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak dan Lembaga Sungai–Sungai Sarawak.
Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Dokumentasi Adat Dan Tanggungjawab Sosial Korporat di Rumah Kedit Ak. Chundang @ Chudang, Sungai Buloh, Kemalih, Ulu Entabai, Pakan Date: 18 Nov 2023 Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Dokumentasi Adat Dan Tanggungjawab Sosial Korporat di Rumah Kedit Ak. Chundang @ Chudang, Sungai Buloh, Kemalih, Ulu Entabai, Pakan
Bersempena dengan Ulang Tahun ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pada 17 November sehingga 20 November 2023, pihak LSS telah mengadakan Program Komuniti Gotong-Royong Membersih Sungai Serta Dokumentasi Adat Dan Tanggungjawab Sosial Korporat di Rumah Kedit Ak. Chundang @ Chudang, Sungai Buloh, Kemalih, Ulu Entabai, Pakan.
Rombongan LSS seramai 19 orang terdiri daripada pegawai dari Ibu Pejabat, Wilayah I, Kuching, Wilayah II, Sibu dan Wilayah III, Miri yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa, Encik Jerry Lenggir dan Pengerusi KESSU, Encik Melvin Vana. Turut bersama, 3 orang juruvideo dari Lightcube Studio untuk merakam dokumentasi adat.
Program bermula pada 18 November 2023 dengan melakukan penggambaran dokumentasi adat oleh pihak Lightcube Studio. Penggambaran telah dimulakan dengan ‘Memandikan Anak Kecil di Sungai’. Seterusnya, penggambaran diteruskan dengan memutuskan pertikaian dengan menyelam di sungai dan dengan menyelukkan jari ke dalam buluh yang berisi air panas.
Pada sebelah pagi 19 November 2023, pihak LSS bersama penduduk rumah panjang telah bersama bergotong-royong membersihkan laluan dan menyimen pengkalan ke Sungai Kemalih. Pada sebelah petang, rombongan LSS telah melawat kolam ikan semah dan empurau milik Tuai Rumah Japar ak Penghulu Itam. Pada sebelah malam, pihak LSS telah mengadakan Ceramah Kesedaran Kebersihan dan Kesedaran Keselamatan di Sungai yang telah disampaikan oleh Pembantu Penguatkuasa, KP 22, Encik John Lim.
Syabas kepada kakitangan yang terlibat, Kelab Sukan Dan Rekreasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (KESSU) dan penduduk Rumah Kedit kerana telah bersama menjayakan program ini. Pihak rumah panjang turut berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih rumah panjang mereka bagi mengadakan program tersebut dan mengalu-alukan pihak LSS untuk melaksanakan program di masa akan datang.
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-30 LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK Date: 25 Oct 2023 Pada 25 Oktober 2023 jam 7.00 malam, bertempat di Grand Ballroom, Hilton Hotel, Kuching, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah mengadakan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) yang dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak.
Majlis dimulakan dengan persembahan tarian alu-aluan, ‘Lambaian Sungai’ yang disertai oleh 20 kakitangan penguatkuasa LSS dari Wilayah II, Sibu, yang menunjukkan semangat kerjasama berpasukan, berdedikasi, komited dan sentiasa bersiap sedia di dalam menghadapi sebarang cabaran semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan .
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller, dimana harapan beliau LSS akan menjadi sebuah organisasi yang memberi perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh dan masyarakat umum. Beliau menekankan bahawa tradisi amalan kerja yang baik (good governance) dan sentiasa memelihara integriti dalam apa jua tugas dan tanggungjawab yang dilakukan merupakan asas kepada kejayaan.
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak dimana harapan beliau LSS akan sentiasa memastikan kecapaian fungsi utama LSS sejajar dengan kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi Negeri. Beliau berkehendakkan LSS meneruskan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada semua pihak dan memastikan sistem pengangkutan sungai kekal menjadi mod pengangkutan yang terselamat dan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri.
Pada majlis makan malam ini juga, seramai 19 kakitangan LSS telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 (APC) dan seramai 6 orang penerima 30 tahun Penghargaan Perkhidmatan Setia.
Bagi memeriahkan lagi majlis makan malam, seramai 30 kakitangan LSS telah membuat persembahan tarian dan aktiviti cabutan bertuah turut diadakan.
Sempena Sambutan Ulang Tahun LSS yang ke-30, acara memotong kek juga telah disempurnakan dan sambutan hari ulang tahun kelahiran untuk Yang Berhormat Dato Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak II (Sungai dan Laut).
Bagi memeriahkan lagi majlis makan malam, seramai 30 kakitangan LSS telah membuat persembahan tarian dan juga telah mengadakan cabutan bertuah.
Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis makan malam, barisan Timbalan-timbalan Menteri, Jemaah Ahli Lembaga, para jemputan dan kakitangan LSS yang melibatkan semua wilayah.
KARNIVAL SUKAN ULANG TAHUN KE-30 LSS Date: 22 Oct 2023 Bersempena dengan Ulang Tahun ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan mencipta logo, pertandingan memancing, derma darah, karnival sukan, kursus, lawatan kebajikan kakitangan, program gotong-royong dan kebersihan sungai dan Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Pada 22 sehingga 24 Oktober 2023 Karnival Sukan LSS anjuran Kelab Sukan Dan Rekreasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (KESSU) telah diadakan melibatkan kakitangan LSS dan Kementerian Pengangkutan Sarawak, tiga acara sukan telah dipertandingkan iaitu Badminton, Bowling dan Futsal.
Pertandingan Badminton telah diadakan pada 22 Oktober 2023 jam 7.00 malam bertempat di Arena Sport, Kuching. Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan dan perlawanan diadakan secara liga. Pemenang keseluruhan bagi Pertandingan Badminton dimenangi oleh Wilayah II, Sibu, tempat kedua Wilayah III, Miri, tempat ketiga Ibu Pejabat dan tempat keempat Wilayah I, Kuching.
Pertandingan Bowling telah diadakan pada 23 Oktober 2023 jam 7.00 malam bertempat di Riverside Superbowl, Riverside Shopping Complex, Kuching. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan kategori campuran. Pemenang keseluruhan bagi Pertandingan Bowling dimenangi oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), tempat kedua Wilayah II, Sibu, tempat ketiga Wilayah III, Miri dan tempat keempat Wilayah I, Kuching.
Pertandingan Futsal telah diadakan pada 24 Oktober 2023 jam 7.00 malam bertempat di Arena Sport, Kuching. Seramai 6 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Perasmian bagi acara futsal telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, pengerusi LSS. Pemenang bagi Pertandingan Futsal telah dimenangi oleh Ibu Pejabat, tempat kedua Wilayah II, Sibu (A), tempat ketiga Wilayah I, Kuching dan tempat keempat, Wilayah II, Sibu (B).
Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada kakitangan yang telah bersama menyertai dan menjayakan Karnival Sukan LSS.
PROGRAM DERMA DARAH DAN PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA ULANG TAHUN KE-30 LSS Date: 07 Oct 2023 Bersempena dengan Ulang Tahun ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan mencipta logo, pertandingan memancing, derma darah, karnival sukan, kursus, lawatan kebajikan kakitangan, program gotong-royong dan kebersihan sungai dan Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Pada 7 Oktober 2023 jam 8.00 pagi, bertempat di Terminal Penumpang Kuching, pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Wilayah I, Kuching, telah menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pertandingan Memancing sempena Ulang Tahun Ke-30 LSS di kalangan kakitangan dan pegawai LSS serta para jemputan daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS).
Aktiviti Kempen Derma Darah telah dilaksanakan oleh pihak Normah Medical Specialist Centre yang diketuai oleh Dr. Mat Haswandi dan dibantu oleh 9 orang pegawai perubatan. Seramai 44 orang telah mendaftar, 38 orang telah membuat saringan kesihatan dan hanya 22 orang yang layak untuk menderma darah.
Untuk pertandingan memancing, seramai 15 peserta telah mendaftar dan terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu tangkapan terpantas dan tangkapan ikan terberat. Bagi kategori tangkapan terpantas, tempat pertama, Encik Aswan Bin Amin, tempat kedua, Encik Joshua Kebing Joseph dan tempat ketiga, Encik Joshua Musa. Hadiah saguhati telah dimenangi oleh Encik Mohd Izzudin, Puan Zamisah Tan Sojet, Encik Edward Laga, Encik Hazizan Bin Sapiee dan Puan Monji Saji. Bagi kategori tangkapan ikan terberat, di tempat pertama, Encik Joshua Kebing Joseph, tempat kedua, Encik Joshua Musa dan tempat ketiga, Encik Aswan Bin Amin. Hadiah saguhati pula telah dimenangi oleh Puan Monji Saji, Encik Edward Laga, Puan Zamisah Tan Sojet, Encik Hazizan Bin Sapiee dan Mohd Izzudin.
Turut hadir untuk merasmikan dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi program ini ialah YBhg. Dr. Murni Suhaili, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Majlis juga dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan LSS dan MOTS.
Syabas kepada kakitangan Wilayah 1, Kuching dan Kelab Sukan Dan Rekreasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (KESSU) kerana telah berjaya mengadakan program ini dan juga kakitangan serta pegawai yang telah terlibat sama bagi memeriahkan program ini.