loading
CANCEL X
loading      Loading...

 
Sarawak IDLogin | Register
  • Home
  • Message
    • Chairman's Message
  • News & Other Media
    • News Release
    • SRB Photo Gallery
    • SRB Video Gallery
  • Online Services
    • Online Statictics
    • Links
      • E-Recruitment
      • TALIKHIDMAT
      • My SMS
      • E-Library
    • SRB Management System
    • Customer Satisfaction
  • Corporate Profile
    • About Sarawak Rivers Board
    • Vision & Mission
    • Organisation Chart
    • Functions Of SRB
    • Legislation
      • Power & Duties
      • Sarawak Rivers Ordinance
      • Digital Economy
      • Rivers Information
      • Gazetted Wharves and Terminal
      • Gazetted Anchorage Area
      • Wharf Fees
    • Barrage & Shiplock
      • General Information
      • Design
      • Flood Warning System
    • Quality Initiatives
      • Key Focus Area (KFA)
      • MS ISO 9001: 2008
      • 5S
      • KIK
  • Client's Charter
    • Client's Charter
    • Client's Charter Achievement
  • Contact Us
    • Our Office
    • SRB Management Team
    • Staff Directory
    • Freedom of Information
  • Download
    • General Download
    • Tender & Quotation
    • Forms
    • Open Data
  • F.A.Q.
Scan For Mobile
Calendar
Polls
POLL

Archive
Announcement
Notice Tender

Sila Klik disini Untuk Muat Turun

X

Photo Gallery

Slide1.JPG
 
LAWATAN AKADEMIK PELAJAR UITM KEDAH KE LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Date: 05 Jan 2023
Pada 5 Januari 2023, bertempat di bilik mesyuarat Ibu Pejabat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, seramai 24 rombongan pelajar dari UiTM Kedah yang diiringi oleh seorang pensyarah, Profesor Madya Dr. Mahazir Bin Ismail, telah mengadakan lawatan akademik pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa (BA246), ke Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Semasa lawatan diadakan, Encik Leo anak Nanang, Assistant Controller (Riverine Safety), mewakili Pemangku Controller, telah memberi taklimat mengenai fungsi-fungsi dan peranan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kepada semua pelajar terlibat. Respon yang diterima adalah sangat baik dari pihak rombongan dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kerana telah mengurus dan mentadbir sungai-sungai di Sarawak dengan baik. Pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang turut hadir bersama adalah Encik Jerry Liew Tze Sieng, Assistant Controller (Barrage and Fleet), Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri), Puan Norida Sipek, Pegawai Undang-Undang, Encik Angga Maga, Ketua Unit (River Heritage), Encik Jerry Lenggir, Penolong Pegawai Penguatkuasa, Puan Hafsah Binti Rahman, Ketua Unit (Sumber Manusia) dan Puan Lizia Bungai, Penolong Pegawai Tadbir (Bahagian Kewangan).

Slide1.JPG
 
Majlis Apresiasi Wilayah III, Miri
Date: 10 Jan 2023
Majlis Apresiasi Wilayah III, Miri. Pada 10 Januari 2023 di pejabat Wilayah III, Miri majlis apresiasi diadakan dengan secara kecil untuk mengenang jasa dan sumbangan pegawai pada tahun lepas dengan kehadiran pegawai-pegawai dari semua pejabat, cawangan dan stesen hadir bagi menjayakannya. Majiis dimulakan dengan mendengar ucapan pendahuluan oleh Encik Leonard Luhat Laing Assistant Controller Wilayah III, Miri dan seterusya amanat daripada Tuan Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai- Sungai Sarawak dan mengalu-alukan kehadiran Pembantu Am Rendah iaitu Encik Terrence Lim yang baru melaporkan diri hari ini dan akhir majlis apreasiasi Pemangku Controller telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2022 kepada staff yang mempamerkan perkhidmatan cemerlang dan semoga ianya menjadi pemangkin dan motiviasi kepada semua warga LSS dalam meningkatkan mutu kerja di jawatan masing-masing. Turut hadir dalam majlis ini, Penolong Pegawai Pelabuhan, Encik Mohd. Ariffin B. Haji Bujang, Penolong Pegawai Penguatkuasa Encik Riyung Barau dan warga Wilayah III, Miri LSS.

Group Photo.jpg
 
Program Kempen Kesedaran Keselamatan,dan Kebersihan Sungai di Kampung Piasau Utara, Miri
Date: 06 Nov 2022
Pada 6 November 2022, pihak Kementerian Pengangkutan, Sarawak, telah menganjurkan Program Kempen Kesedaran Keselamatan,dan Kebersihan Sungai di Kampung Piasau Utara, Miri dan dibantu oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam untuk memelihara dan menjaga sungai supaya sentiasa bersih dan selamat serta menyerahkan jaket keselamatan kepada nelayan di Kampung Piasau Utara, Miri. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, merangkap ADUN N75, Senadin. Sempena dengan program, pertandingan mewarna kanak-kanak sekolah juga telah diadakan pada hari sebelumnya dalam usaha untuk memupuk kesedaran mereka semasa kecil tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai. Program ini telah dimulakan dengan dua (2) ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohamad Harris Bin Osman dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bertajuk “Kesedaran,Keselamatan dan Kebersihan Sungai”, Encik Joseph Uyo dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak bertajuk “Penjagaan & Pemuliharaan Alam Sekitar. Dalam ucapan Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg, Dr. Murni Suhaili, objektif utama program begini diadakan untuk menanam dan meningkatkan kesedaran awam berkenaan pentingnya keselamatan dan kebersihan sungai serta persekitarannya, menanam sikap sayang dan cintakan sungai di kalangan Keluarga Malaysia di Sarawak dan meningkatkan perkongsian maklumat dan kerjasama di antara agensi, jabatan Kerajaan dan penduduk tempatan. Dalam ucapan Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan, Sarawak, Program Kebersihan dan Keselamatan Sungai yang dianjurkan adalah selaras dengan objektif Kementerian Pengangkutan, Sarawak, iaitu meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini termasuklah usaha untuk mengurangkan risiko kemalangan jika berlakunya banjir di musim tengkujuh. Beliau menasihati kaum ibu bapa untuk sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak terutamanya ketika banjir berlaku serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa demi menjaga keselamatan masing-masing. Beliau juga menyeru agar orang awam serta para penduduk sekitar sungai untuk terus menjaga kebersihan persekitaran sungai. Ini amat penting kerana penyakit akan lebih cepat berjangkit dan menular di dalam keadaan banjir ini. Perkara ini boleh berlaku disebabkan segala kekotoran serta sampah sarap yang terkumpul di sekitar sungai akan dibawa oleh air banjir dan membahayakan kesihatan penduduk. Sempena program ini, sebanyak 40 jaket keselamatan telah diserahkan kepada 40 orang nelayan di Kampung Piasau Utara, Miri. Turut menghadiri program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YB Dato Adam Yii, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Miri, Encik Teo Swee Ann, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak, Encik Sam Budi, wakil Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Juan Ubit, wakil Residen Bahagian Miri, Cr. Jeffrey Phang Siaw Foong, Cr. Abdullah Bin Jaini, Encik Samion Bin Ghani, Penghulu Kawasan Piasau, Encik Hipni Bin Sulong, Ketua Kaum Kampung Piasau Utara, Encik Nasir Abd Rahim, Penghulu Kawasan Lutong, Encik Sa’at Hj. Bos, Ketua Kaum Kampung Muhibbah, Kuala Baram, Ketua-Ketua Jabatan serta ahli JKKK Kampung Piasau Utara. Seramai 130 peserta program yang hadir terdiri daripada warga kampung dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran MOTS dan LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga Kementerian Pengangkutan, Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta semua yang terlibat.

Slide1.JPG
 
Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai Di Kampung Serikin, Kampung Duyoh dan Kampung Bogag, Bau
Date: 30 Oct 2022
Tarikh : 29 dan 30 Oktober 2022 Tempat : Balai Raya Kampung Serikin, Bau Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan,dan Kebersihan Sungai di tiga (3) buah kampung iaitu Kampung Serikin, Kampung Duyoh dan Kampung Bogag, Bau. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan semangat gotong-royong dan membersih kebersihan di setiap sungai yang berada di kampung tersebut. Program yang bermula pada 29 Oktober 2022 dengan aktiviti mengutip, mengumpul dan membersih sungai-sungai di tiga (3) buah kampung terlibat dengan penyertaan seramai 150 orang setiap kampung. Sehubungan itu, pada 30 Oktober 2022, program ini dirasmikan dan ditangguh oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak [Laut dan Sungai], Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep merangkap Adun N2, Tasik Biru. Sempena dengan program yang telah dianjurkan aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak bagi berumur 4 hingga 6 tahun dan gotong-royong mengutip sampah sambil riadah di tiga(3) buah Kampung Serikin, Kampung Duyoh, Kampung Bogag turut diadakan. Selepas pertandingan mewarna, program ini diteruskan lagi dengan tiga (3) ceramah yang disampaikan oleh Encik Mahda Bin Kiffpeli dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bertajuk “Kesedaran,Keselamatan dan Kebersihan Sungai”, Encik Willie Micheal dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak bertajuk “Peranan Dalam Menjaga Kualiti Air Sungai” dan Encik Mohamad Zulhelmi Bin Khairil dari Majlis Daerah Bau dengan tajuk ceramah “Pengurusan Sisa-Sisa Pepejal”. YB Dato menekankan bahawa program sebegini adalah penting untuk meningkatkan lagi kesedaran awam tentang keselamatan dan kebersihan di sungai serta menyemai budaya mencintai sungai di kalangan masyarakat. Disamping itu beliau juga menyeru agar pengusaha semua jenis perusahaan yang terletak di tebingan sungai agar tidak membuang sisa sisa buangan ke dalam sungai agar sungai tidak tercemar dan keselamatan pengguna sungai terjamin. YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Penangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak menganjurkan program sebegini di kalangan masyarakat setempat. Turut menghadiri program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berhormat Gilbert anak Rusin, Ahli Lembaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Zul bin usup, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pengangkutan Sarawak Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Ketua Kaum Jepes Anak Gobis,Kampung Serikin, Ketua Kaum Tandi Anak Ginep Kampung Jagoi Duyoh, Ketua Kaum Bogeg Anak Nyaon Kampung Bogag, dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua kaum Kampung Bau. Seramai 100 peserta program yang hadir terdiri daripada warga kampung dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta semua yang terlibat.

Slide1.JPG
 
LAWATAN KERJA YB MENTERI PENGANGKUTAN, SARAWAK DAN ROMBONGAN KE EMPANGAN BENGOH DAN TASIK DANU, SERIAN
Date: 13 Oct 2022
Pada 13 Oktober 2022, Menteri Pengangkutan, YB Dato Sri Lee Kim Shin, telah mengadakan lawatan kerja ke Empangan Bengoh. Tujuan program lawatan kerja ini merupakan satu inisiatif dan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dengan objektif utama untuk menanam dan meningkatkan kesedaran awam berkenaan pentingnya keselamatan pengangkutan sungai dan selain itu pemeliharaan kebersihan sungai serta persekitarannya. YB Menteri Pengangkutan, dan rombongan telah membuat tinjauan ke Pengkalan Muk Ayun, Pengkalan Rarag, Pengkalan Dayak, Pengkalan Nyegor dan dan berakhir di Pengkalan Kandung yang memakan masa 40 minit dari jeti perlepasan. Dalam ucapan YB Menteri Pengangkutan Sarawak di Pengkalan Kandung, Kampung Sting, beliau menyeru agar pihak pengusaha bot pelancong serta komuniti setempat senstiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam membantu pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak terus merancang dan program-program sedemikian pada masa akan datang dan berharap komuniti setempat dan pihak pengusaha bot pelancong masih mengutamakan akan pentingnya memelihara sungai yang menjadi sumber air, ekonomi dan pengangkutan utama. Tambah beliau lagi, bagi memastikan dan meneruskan pengangkutan sungai yang selamat Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah memperuntukkan RM250,000.00 untuk tujuan pemasangan lima (5) unit Riverine Traffic Signage di Kawasan Empangan Bengoh yang dijangka dipasang siap sepenuhnya pada pada April 2023. Pada akhir program, YB Menteri Pengangkutan telah menyerahkan jaket keselamatan kepada pihak pengusaha bot serta komuniti setempat iaitu komuniti Kampung Sting, Kampung Muk Ayun dan Kampung Nyegor. Seramai 50 orang komuniti setempat yang telah terlibat bersama menjayakan program ini. Turut hadir bersama Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara), YB Datuk Dr. Jerip Susil, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yg. Berbhg. Dr. Murni Suhaili, Pemanca Raymond Jihap, Penghulu Peter Anggom serta rombongan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Selesai lawatan kerja di Empangan Bengoh, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Sarawak serta rombongan telah ke Serian bagi Lawatan Kerja untuk Program Memasang “Marker Buoy” di Tasik Danu, Serian. Turut hadir bersama Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yg. Berbhg. Dr. Murni Suhaili, Ahli Lembaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Anak Manong, Assistant Controller (Wilayah I), Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller (Riverine Safety), Encik Leo Anak Nanang, Setiausaha Majlis Daerah Serian, Encik Colline John Sitin, DID, Encik Rollin Jenta serta rombongan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

WhatsApp Image 2022-10-09 at 10.15.02 PM.jpeg
 
SAMBUTAN HARI JADI TYT SARAWAK
Date: 08 Oct 2022
Istiadat Perbarisan & Rapat Raksasa Sambutan Hari Jadi Ke-86 TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2022 di Miri.Kontingen Kementerian Pengangkutan Sarawak yang diwakili oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak berjaya menduduki tempat ke 3 dalam kategori Kontingen antara Kementerian Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh Encik Rozi Adzillah Bin Haji Sabeki. Kontingen LSS dianggotai oleh 40 Pembantu Penguatkuasa dan Pembantu Laut dari seluruh Sarawak telah berkampung di Miri selama 5 hari untuk membuat latihan dan persiapan dalam pertandingan kawad kaki antara kontingen sempena Sambutan Hari Jadi TYT Sarawak. Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller LSS juga telah menerima darjah kebesaran Perkhidmatan Badan Berkanun Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan Negeri (Kategori C) sempena Hari Jadi TYT Sarawak. Tahniah dan syabas kepada anggota kontingen dan Pemangku Controller di atas kejayaan dan darjah kebesaran semoga menjadi pencetus kecemerlangan LSS dimasa depan.

Slide1.JPG
 
Program Sambutan Hari Sungai Sedunia 2022
Date: 24 Sep 2022
Tarikh : 24 September 2022 Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Pengkalan Lutong, Miri Lembaga Sungai- Sungai Sarawak telah menganjurkan program sambutan Hari Sungai Sedunia 2022 dan dirasmikan oleh, Menteri Pengangkutan Sarawak ,Yang Berhormat Dato’ Sri Lee Kim Shin. Objektif program ini adalah untuk memperingatkan bahawa kepentingan Sungai kepada masyarakat dan alam sekitar pada masa kini dengan bertemakan ‘Alur Air Dalam Komuniti’ atau ‘Waterways in Our Community’. me Sempena sambutan pada tahun ini, aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan gotong-royong kuitp sampah sambil riadah kawasan Pengkalan Lutong, Miri turut diadakan di sebelah pagi. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Lee Kim Shin pada sebelah petang dengan kerja-kerja pembersihan gondok air dan tumbuhan air di Sungai Miri dari Jambatan Lutong sehingga Jambatan Pujut. Seterusnya YB Menteri Pengangkutan dan semua jemputan telah meninjau “Floating Boom Barriers” yang telah dipasang di Jambatan Miri Bypass pada 25 Ogos 2022 iaitu inisiatif terkini dalam usaha untuk membendung sampah hanyut ke hilir Sungai Miri. Dalam ucapan beliau, YB Menteri Pengangkutan menekankan bahawa program sebegini adalah penting untuk meningkatkan lagi kesedaran awam tentang keselamatan dan kebersihan di sungai serta menyemai budaya mencintai sungai di kalangan masyarakat. Disamping itu beliau juga menyeru agar pengusaha semua jenis perusahaan yang terletak di tebingan sungai agar tidak membuang sisa sisa buangan ke dalam sungai agar sungai tidak tercemar dan keselamatan pengguna sungai terjamin. Bersempena dengan majlis itu, Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak juga telah menyerahkan sebanyak 20 jaket keselamatan kepada wakil ahli parti pemuda Pengkalan Lutong, Miri merangkap juara raja sungai sempena Regatta Niah tahun 2022. YB Dato’ Sri Lee Kim Shin, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak atas usaha menganjurkan program sambutan pada tahun ini. Turut hadir ialah YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Penangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak , YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berhormat Adam Yii Siew Sang, Adun N.74, Pujut, merangkap Datuk Bandar Miri, Kaunselor Jeffry Pang, Majlis Bandaraya Miri, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Leonard luhat Laing, Assistant Controller wilayah III, Miri, Penghulu Nasir bin Hj. Abdul Rahim, Kawasan Lutong, Miri, Tuan Hj. Ali bin Mat, Ketua Kampung Pengkalan Lutong, Miri dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua kaum Kampung pengkalan Lutong, Miri. Seramai 100 peserta program yang hadir terdiri daripada warga kampung dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta semua yang terlibat.

Slide1.JPG
 
Program Gotong-Royong Membersih “Floating Debris” Di Laluan Navigasi Sungai Di Long Kebuho, Batang Balui, Empangan Bakun, Belaga
Date: 05 Sep 2022
Program Gotong-Royong Membersih “Floating Debris” Di Laluan Navigasi Sungai Di Long Kebuho, Batang Balui, Empangan Bakun, Belaga Tarikh: 5/09/2022-06/09/2022   Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan program gotong-royong ini dan telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato’ Sri Lee Kim Shin. Objektif Gotong-Royong Membersih “Floating Debris” ini adalah bertujuan untuk membersihkan kayu-kayan di sungai yang menjejaskan laluan navigasi penduduk di Long Kebuho, Batang Balui, Empangan Bakun. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Lee Kim Shin pada 6 september 2022 dengan simbolik mengikat tali yang memerangkap “floating debris”. Manakala program gotong-royong mengikat dan memerangkap “floating debris” telah diadakan pada 5hb September 2022 dan berakhir jam 2.00 petang. Dalam ucapan beliau, program sebegini adalah penting untuk meningkatkan lagi kesedaran awam tentang keselamatan dan kebersihan di sungai serta menyemai budaya mencintai sungai pada masyarakat. Di dalam memastikan keselamatan pelayaran untuk masyarakat setempat yang menggunakan sistem pengangkutan sungai terutamanya di dalam empangan Bakun ini, Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mendirikan enam (6) unit papan tanda indikasi jarak di Jeti Awam Bakun, Sungai Linau, Batang Balui, Sungai Murum dan Sungai Belepeh. Empat (4) unit papan tanda “Wear Life Jacket for Your Safety” juga didirikan di Sungai Linau, Batang Balui, Sungai Murum dan Sungai Belepeh. Bersempena dengan majlis itu, Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak juga telah menyerahkan sebanyak 40 jaket keselamatan kepada Ketua Kaum dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan, Kebersihan dan Keselamatan Kampung, Long Kebuho. YB Dato’ Sri Lee Kim Shin, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak atas usaha menganjurkan program gotong-royong membersih “floating debris” di laluan navigasi sungai Long Kebuho. Turut hadir menjayakan program adalah Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep, ADUN N.66 Murum, YB Encik Kennedy Chukpai Ugon, ADUN N. 61 Pelagus, YB Encik Wilson Nyabong Anak Ijang, Setiasusaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Datu Buckland Bangik, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Ybhg. Dr. Murni Suhaili, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Manong, Pegawai Daerah Belaga, Puan Bidah Lujah, Chief Executive Officer SEB Power, Ir. Bunyak Lunyong, Pemanca Tony Kulleh, Ketua Kaum Long Kebuho, Encik Aging Bato, dan juga pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan Sarawak, Sarawak Energy Berhad dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

WhatsApp Image 2022-09-08 at 3.59.39 PM.jpeg
 
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0)
Date: 01 Sep 2022
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0) Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0), iaitu One-Off Bantuan Kewangan kepada pengusaha dan pengendali bot penambang di Sarawak sebanyak RM500 yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada 28 Januari 2022. Seramai 12 pengusaha dan pengendali bot penambang yang beroperasi di Sektor Bintulu yang terkesan oleh pandemik Covid-19 telah menerima bantuan ini. Di majlis yang sama YB Menteri juga menyerahkan 12 jaket keselamatan kepada persatuan bot penambang untuk pengoperasian harian. 12 bot penambang yang menerima sumbangan adalah Sumber Rezeki 1, Sumber Rezeki 2, Rothman, Ana, Aloha, Gemini, Servis Cepat, Puspa, Izzama, Tertong, Jepak Maju dan Wawasan Jepak. Semasa berucap kepada para hadirin, YB Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa prihatin kepada semua lapisan masyarakat yang terkesan oleh pandemik Covid-19 dan mengingatkan kesemua pengusaha dan pengendali bot penambang jangan sesekali berkompromi dengan aspek keselamatan semasa beroperasi, sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan mengekalkan jalinan yang baik dengan agensi Kerajaan di setempat seperti Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS). Dato Sri Lee Kim Shin turut memaklumkan projek menggantikan ponton waf di Terminal Penumpang Bintulu akan dilaksanakan. Turut berucap, Ybhg. Dr. Murni Suhaili, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, menyeru agar pengusaha dan pengendali bot penambang untuk mengekalkan aspek keselamatan penumpang dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik. Turut hadir ialah Encik Teo Swee Ann, Pegawai Tadbir, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller Wilayah III Miri, Puan Soo Li Ching, Setiausaha Politik Premier Sarawak, DSP Dennis Bunyan, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, Lt. Komander Mohd Naiem Razak, Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysi, Puan Suzanna Indiat, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bintulu, Puan Maimunah Matali, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) serta para jemputan.

WhatsApp Image 2022-08-24 at 6.26.57 PM (1).jpeg
 
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0)
Date: 24 Aug 2022
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0) Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu) Masa : 2.30 Petang. Tempat : Terminal Penumpang Bako, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Kuching. Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0), Langkah Ke-7 iaitu One-Off Bantuan Kewangan kepada pengusaha dan pengendali bot penambang di Sarawak sebanyak RM500 yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada 28 Januari 2022. Seramai 66 pengusaha dan pengendali bot penambang yang beroperasi di Sektor Bako yang terkesan oleh pandemik Covid-19 telah menerima bantuan ini. Di majlis yang sama YB Menteri juga menyerahkan 20 jaket keselamatan kepada persatuan bot penambang untuk pengoperasian harian. Semasa berucap kepada para hadirin, YB Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa prihatin kepada semua lapisan masyarakat yang terkesan oleh pandemik Covid-19 dan mengingatkan kesemua pengusaha dan pengendali bot penambang jangan sesekali berkompromi dengan aspek keselamatan semasa beroperasi, sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan mengekalkan jalinan yang baik dengan agensi Kerajaan di setempat seperti Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) dan Sarawak Forestry Corporation. Di samping itu, mereka juga memainkan peranan yang sangat penting iaitu sebagai duta pelancong Kerajaan khasnya untuk sektor Taman Negara Bako. Bersempena dengan majlis ini, YB Dr. Haji Hazland bin Abang Haji Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN N5 Demak Jaya turut menyumbangkan RM10,000 kepada Persatuan Bot Penambang Sektor Bako. Turut hadir ialah YB Dato Herry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Penangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Puan Hajah Janibah Binti Haji Hazmi, Penghulu Kampung Bako, Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller Wilayah I Kuching dan Ketua Kaum kampung Bako serta para jemputan. Seramai 100 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO, Media dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS Wilayah 1 Kuching serta semua yang terlibat.

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 12
  • 13

Useful Link

Link to Ministry of Transport Sarawak
Link to Sarawak
Link to Malaysia Government
Link to Sarawak Government
Link to Premier of Sarawak
Link to Sarawak Government Directories


Last Updated Date : 31 January 2023

MON- THURS : 8:00 AM - 5:00 PM
FRIDAY : 8:00 AM - 11:45 PM | 2:15 PM - 5.00 PM
Sarawak Rivers Board
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak

Tel : +6082- 234 092/234 093
Fax : +6082- 234 096
Terms and ConditionsPrivacySecurityDisclaimerCopyright NoticeFAQW3C Disability AccessFeedback
Visitor Counter: 4045358