Date: 16 Jul 2022 Venue: lundu
|
|
Tarikh : 15 dan 16 Julai 2022 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Dewan Gunasama, Kampung Selampit, Lundu
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, telah menganjurkan program ini dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep. Objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan Staf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan masyarakat setempat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.
Program dimulakan dengan Pertandingan Memancing Udang, Mewarna bagi kanak-kanak Tadika Kemas dan Kaunter promosi serta pengambilan Askar Wataniah Rejimen 511AW pada 15 Julai 2022 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Pada hari kedua pula, program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Jabatan Kerajaan yang dijemput dengan pelbagai tajuk berkaitan keselamatan dan kebersihan di sungai merangkumi Keselamatan dan Kebersihan Sungai oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), taklimat Perlesenan Bot oleh Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS), taklimat Penjagaan Alam Sekitar oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), taklimat Pengurusan Konflik Manusia Vs Buaya oleh Sarawak Foresty Corporation (SFC) dan yang terakhir taklimat Peranan dan Tanggungjawab Askar Wataniah oleh Rejimen 511AW.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Temenggong Dato Austin Dimin Ak Niyon, Ketua Kaum Bidayuh Bahagian Kuching, Dato Anthony Nogeh Anak Gumbek, Setiausaha-setiasusaha Sulit kepada YAB Premier Sarawak, Encik Gotin Anak Jenal, Ketua Kaum Kampung Selampit 1, Lundu, Pemanca Kane @ Ken Manong, Encik Shahrazi Edwin Bin Abdullah, Encik Gilbert Anak Rusin, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Kaunselor-kaunselor, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N1 Opar, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan penduduk kampung Selampit, Lundu.
Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Dato Henry Harry Anak Jinep dan jemputan dengan melepaskan 15 ribu anak ikan lampam jawa ke Sungai Batang Kayan dan menyerahkan 15 unit jaket keselamatan kepada pengusaha bot tambang Kampung Selampit yang diwakili oleh Encik Gotin Anak Jenal, Ketua Kaum Kampung Selampit 1, Lundu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing dan mewarna serta cenderahati kepada penceramah.
Seramai 132 peserta program telah mendaftar sebagai ahli "Friend of River" iaitu salah satu platform menjalin penglibatan berterusan bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Sebagai makluman, peranan Friend Of River selain sebagai mata dan telinga untuk melaporkan sebarang kejadian berkaitan keselamatan dan kebersihan sungai di kawasan mereka, mereka juga memainkan peranan untuk mengetuai komuniti setempat untuk mengambil tindakan segera di dalam kemampuan mereka. Ini secara langsung dapat mengurangkan risiko kejadian lebih buruk dari berlaku dan seterusnya memperkukuhkan lagi sense of belonging komuniti setempat terhadap sungai-sungai di dalam kawasan mereka.
Seramai 150 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan penduduk Kampung Selampit, Lundu. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS serta semua yang terlibat.
Hit: 562 |
|