Date: 01 Sep 2022 Venue: Bintulu
|
|
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0)
Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0), iaitu One-Off Bantuan Kewangan kepada pengusaha dan pengendali bot penambang di Sarawak sebanyak RM500 yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada 28 Januari 2022.
Seramai 12 pengusaha dan pengendali bot penambang yang beroperasi di Sektor Bintulu yang terkesan oleh pandemik Covid-19 telah menerima bantuan ini. Di majlis yang sama YB Menteri juga menyerahkan 12 jaket keselamatan kepada persatuan bot penambang untuk pengoperasian harian. 12 bot penambang yang menerima sumbangan adalah Sumber Rezeki 1, Sumber Rezeki 2, Rothman, Ana, Aloha, Gemini, Servis Cepat, Puspa, Izzama, Tertong, Jepak Maju dan Wawasan Jepak.
Semasa berucap kepada para hadirin, YB Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa prihatin kepada semua lapisan masyarakat yang terkesan oleh pandemik Covid-19 dan mengingatkan kesemua pengusaha dan pengendali bot penambang jangan sesekali berkompromi dengan aspek keselamatan semasa beroperasi, sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan mengekalkan jalinan yang baik dengan agensi Kerajaan di setempat seperti Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS).
Dato Sri Lee Kim Shin turut memaklumkan projek menggantikan ponton waf di Terminal Penumpang Bintulu akan dilaksanakan.
Turut berucap, Ybhg. Dr. Murni Suhaili, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, menyeru agar pengusaha dan pengendali bot penambang untuk mengekalkan aspek keselamatan penumpang dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Turut hadir ialah Encik Teo Swee Ann, Pegawai Tadbir, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller Wilayah III Miri, Puan Soo Li Ching, Setiausaha Politik Premier Sarawak, DSP Dennis Bunyan, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, Lt. Komander Mohd Naiem Razak, Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysi, Puan Suzanna Indiat, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bintulu, Puan Maimunah Matali, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) serta para jemputan.
Hit: 356 |
|