Date: 25 Feb 2023 Venue: Kampung Daro
|
|
Tarikh : 25 Februari 2023 @ 11.15 pagi
Tempat : Rumah Kediaman, Allahyarham PP Encik Morni Bin Abul Kassim di kampung Daro
Yang Berbahagia Pemangku Controller Lt. Kol. Ding Tiew Wong (B) telah menziarahi rumah kediaman Allahyarham PP Encik Morni Bin Abul Kassim di Kampung Daro. Turut bersama dalam rombongan ziarah ialah Penolong Pengurusan Perlabuhan Wilayah II,Sibu Cik Ratna Dewi Binti Bujang, Penolong Pegawai Tadbir LSS Cawangan Sarikei, Encik Mohd Fadzli Bin Noh dan Penolong Jurutera, Encik Peter Law Peng Hui. Dalam aktiviti ziarah tersebut, Pemangku Controller turut menyerahkan bantuan wang khairat kematian dan sumbangan derma kepada isteri Arwah iaitu Puan Khamsuyah Binti Hasni sebagai bantuan untuk meringankan beban bagi keluarga Allahyarham Encik Morni Bin Abul Kasim.
Sehubungan dengan itu, lawatan diteruskan dengan menziarahi tempat perkuburan Islam Daro bagi memperingati arwah.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Morni Bin Abul Kassim yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2023.Lembaga Sungai-Sungai Sarawak kehilangan seorang anggota Penguatkuasa yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan penguatkuasaan.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dikalangan orang beriman dan beramal soleh disisi Allah SWT.
Hit: 90 |
|