Date: 22 Oct 2023 Venue: Arena Sport & Riverside Bowling Complex
|
|
Bersempena dengan Ulang Tahun ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan mencipta logo, pertandingan memancing, derma darah, karnival sukan, kursus, lawatan kebajikan kakitangan, program gotong-royong dan kebersihan sungai dan Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Pada 22 sehingga 24 Oktober 2023 Karnival Sukan LSS anjuran Kelab Sukan Dan Rekreasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (KESSU) telah diadakan melibatkan kakitangan LSS dan Kementerian Pengangkutan Sarawak, tiga acara sukan telah dipertandingkan iaitu Badminton, Bowling dan Futsal.
Pertandingan Badminton telah diadakan pada 22 Oktober 2023 jam 7.00 malam bertempat di Arena Sport, Kuching. Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan dan perlawanan diadakan secara liga. Pemenang keseluruhan bagi Pertandingan Badminton dimenangi oleh Wilayah II, Sibu, tempat kedua Wilayah III, Miri, tempat ketiga Ibu Pejabat dan tempat keempat Wilayah I, Kuching.
Pertandingan Bowling telah diadakan pada 23 Oktober 2023 jam 7.00 malam bertempat di Riverside Superbowl, Riverside Shopping Complex, Kuching. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan kategori campuran. Pemenang keseluruhan bagi Pertandingan Bowling dimenangi oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), tempat kedua Wilayah II, Sibu, tempat ketiga Wilayah III, Miri dan tempat keempat Wilayah I, Kuching.
Pertandingan Futsal telah diadakan pada 24 Oktober 2023 jam 7.00 malam bertempat di Arena Sport, Kuching. Seramai 6 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Perasmian bagi acara futsal telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, pengerusi LSS. Pemenang bagi Pertandingan Futsal telah dimenangi oleh Ibu Pejabat, tempat kedua Wilayah II, Sibu (A), tempat ketiga Wilayah I, Kuching dan tempat keempat, Wilayah II, Sibu (B).
Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada kakitangan yang telah bersama menyertai dan menjayakan Karnival Sukan LSS.
Hit: 259 |
|