Date: 07 Oct 2023 Venue: Terminal Penumpang Kuching
|
|
Bersempena dengan Ulang Tahun ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan mencipta logo, pertandingan memancing, derma darah, karnival sukan, kursus, lawatan kebajikan kakitangan, program gotong-royong dan kebersihan sungai dan Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Pada 7 Oktober 2023 jam 8.00 pagi, bertempat di Terminal Penumpang Kuching, pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Wilayah I, Kuching, telah menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pertandingan Memancing sempena Ulang Tahun Ke-30 LSS di kalangan kakitangan dan pegawai LSS serta para jemputan daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS).
Aktiviti Kempen Derma Darah telah dilaksanakan oleh pihak Normah Medical Specialist Centre yang diketuai oleh Dr. Mat Haswandi dan dibantu oleh 9 orang pegawai perubatan. Seramai 44 orang telah mendaftar, 38 orang telah membuat saringan kesihatan dan hanya 22 orang yang layak untuk menderma darah.
Untuk pertandingan memancing, seramai 15 peserta telah mendaftar dan terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu tangkapan terpantas dan tangkapan ikan terberat. Bagi kategori tangkapan terpantas, tempat pertama, Encik Aswan Bin Amin, tempat kedua, Encik Joshua Kebing Joseph dan tempat ketiga, Encik Joshua Musa. Hadiah saguhati telah dimenangi oleh Encik Mohd Izzudin, Puan Zamisah Tan Sojet, Encik Edward Laga, Encik Hazizan Bin Sapiee dan Puan Monji Saji. Bagi kategori tangkapan ikan terberat, di tempat pertama, Encik Joshua Kebing Joseph, tempat kedua, Encik Joshua Musa dan tempat ketiga, Encik Aswan Bin Amin. Hadiah saguhati pula telah dimenangi oleh Puan Monji Saji, Encik Edward Laga, Puan Zamisah Tan Sojet, Encik Hazizan Bin Sapiee dan Mohd Izzudin.
Turut hadir untuk merasmikan dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi program ini ialah YBhg. Dr. Murni Suhaili, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Majlis juga dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan LSS dan MOTS.
Syabas kepada kakitangan Wilayah 1, Kuching dan Kelab Sukan Dan Rekreasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (KESSU) kerana telah berjaya mengadakan program ini dan juga kakitangan serta pegawai yang telah terlibat sama bagi memeriahkan program ini.
Hit: 178 |
|