Date: 25 Oct 2023 Venue: Grand Ballroom, Hilton Hotel, Kuching
|
|
Pada 25 Oktober 2023 jam 7.00 malam, bertempat di Grand Ballroom, Hilton Hotel, Kuching, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah mengadakan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) yang dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak.
Majlis dimulakan dengan persembahan tarian alu-aluan, ‘Lambaian Sungai’ yang disertai oleh 20 kakitangan penguatkuasa LSS dari Wilayah II, Sibu, yang menunjukkan semangat kerjasama berpasukan, berdedikasi, komited dan sentiasa bersiap sedia di dalam menghadapi sebarang cabaran semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan .
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller, dimana harapan beliau LSS akan menjadi sebuah organisasi yang memberi perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh dan masyarakat umum. Beliau menekankan bahawa tradisi amalan kerja yang baik (good governance) dan sentiasa memelihara integriti dalam apa jua tugas dan tanggungjawab yang dilakukan merupakan asas kepada kejayaan.
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak dimana harapan beliau LSS akan sentiasa memastikan kecapaian fungsi utama LSS sejajar dengan kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi Negeri. Beliau berkehendakkan LSS meneruskan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada semua pihak dan memastikan sistem pengangkutan sungai kekal menjadi mod pengangkutan yang terselamat dan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri.
Pada majlis makan malam ini juga, seramai 19 kakitangan LSS telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 (APC) dan seramai 6 orang penerima 30 tahun Penghargaan Perkhidmatan Setia.
Bagi memeriahkan lagi majlis makan malam, seramai 30 kakitangan LSS telah membuat persembahan tarian dan aktiviti cabutan bertuah turut diadakan.
Sempena Sambutan Ulang Tahun LSS yang ke-30, acara memotong kek juga telah disempurnakan dan sambutan hari ulang tahun kelahiran untuk Yang Berhormat Dato Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak II (Sungai dan Laut).
Bagi memeriahkan lagi majlis makan malam, seramai 30 kakitangan LSS telah membuat persembahan tarian dan juga telah mengadakan cabutan bertuah.
Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis makan malam, barisan Timbalan-timbalan Menteri, Jemaah Ahli Lembaga, para jemputan dan kakitangan LSS yang melibatkan semua wilayah.
Hit: 216 |
|