Date: Venue: Tasik Biru, Bau
|
|
Pada 1 Mac 2022, Menteri Pengangkutan, Sarawak, YB Dato Sri Lee Kim Shin, bersama Timbalan Menteri Pengangkutan II, Sarawak, YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Dr. Murni Bin Suhaili, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak, YBhg. Datu Buckland Bangik dan rombongan Kementerian Pengangkutan, Sarawak, telah mengadakan lawatan kerja ke Tasik Biru, Bau. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat pembangunan di Tasik Biru dan pematuhan aspek keselamatan pengangkutan di Specified Water Bodies oleh pemaju. Sejurus ketibaan, YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, dan rombongan telah diberi taklimat rancangan pembangunan keseluruhan di Tasik Biru, Bau, oleh pihak pemaju iaitu Tecktonic & Sons Holdings Sdn. Bhd.
Selesai sesi taklimat, YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, dan rombongan telah melawat kawasan persekitaran Tasik Biru. Bersempena dengan lawatan ini, YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, telah merasmikan acara simbolik pelancaran satu unit ‘yellow marker buoys’ yang disediakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Sebanyak 5 unit ‘marker buoys’ telah diletakkan di dalam kawasan tasik dan ianya sebagai penandaan struktur dan kawasan berisiko kepada pengunjung ke tasik. YB Menteri Pengangkutan, Sarawak dan rombongan juga berpeluang untuk melayari persekitaran tasik dengan bot yang disediakan oleh pemaju.
Bersempena dengan lawatan ini, YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, menyeru semua pengunjung ke Tasik Biru mementingkan keselamatan diri dan mematuhi semua langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pengusaha yang menyediakan aktiviti rekreasi di dalam tasik. Majlis diakhiri dengan penyerahan 5 jaket keselamatan oleh YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, kepada pengusaha aktiviti rekreasi di Tasik Biru.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah ialah Pengerusi Majlis Daerah Bau, Puan Anielia Anak Siam, Setiausaha Majlis Daerah Bau, Encik Simon Wong Hong Yong, Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan, Sarawak dan Lembaga Sungai- Sungai Sarawak.
Hit: 1110 |
|