Date: 03 Mar 2020 Venue: Terminal dan Fasiliti LSS di Bahagian Bintulu
|
|
03 Mac 2020 - YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke terminal pendaratan penumpang dan fasiliti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak di Bahagian Bintulu. Lawatan bermula dengan memantau pengoperasian mini feri di R.C. Boats Ramp, Bintulu. Semasa lawatan ini, YB Menteri telah menyampaikan cenderahati LSS yang mengandungi risalah kepentingan keselamatan pengangkutan dan kebersihan sungai kepada pengguna-pengguna mini feri. YB Datuk turut menyampaikan jaket keselamatan dan tong sampah kepada pengusaha mini feri yang beroperasi di Sungai Kemena, Bintulu.
Lawatan diteruskan dengan Majlis Apresiasi di Terminal Penumpang Bintulu. Semasa berucap kepada para tetamu dan masyarakat perkapalan, YB Menteri mengingatkan masyarakat perkapalan agar memastikan kapal mereka wajib memiliki Permit Pengangkutan Sungai selain daripada mematuhi undang-undang keselamatan pelayaran. YB juga menyeru masyarakat di Bintulu turut bersama-sama menjaga kebersihan sungai dan jangan sesekali membuang sampah ke dalam sungai. Sebelum mengakhiri ucapan beliau YB Menteri merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir pada majlis pagi ini.
Sebagai tanda penghargaan sumbangan, khidmat bakti kepada masyarakat setempat khususnya di bandar Bintulu serta di atas pencapaian kemalangan sifar oleh pengusaha-pengusaha mini feri, bot penambang untuk "short river crossing" dan bot laju di sekitar bandar Bintulu sepanjang tahun 2019, YB Menteri telah telah menyampaikan Sijil Penghargaan dan Jaket Keselamatan kepada pengusaha-pengusaha yang berkaitan. YB turut menyampaikan Permit Pengangkutan Sungai kepada pemilik-pemilik kapal di majlis yang sama.
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Teo Swee Ann, Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col Ding Tiew Wong (Bersara)nPemangku Controller, Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller Wilayah III Miri, , Encik Sarkawi Bin Norman, Timbalan Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, Encik Saifulbahry Bin Alwie, wakil Residen Bahagian Bintulu, ketua-ketua jabatan, masyarakat perkapalan dan para jemputan.
Taklimat ringkas berkaitan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak,Bahagian Bintulu telah sampaikan oleh Cik Herlena Binti Lazemi, Penolong Pengurus Pelabuhan, Bintulu kepada YB Menteri, Pegawai Kementerian Pengangkutan Sarawak dan rombongan dari Kementerian Pengangkutan Sarawak.
Seramai lebih kurang 100 tetamu dan jemputan yang hadir terdiri daripada Agensi Kerajaan, Masyarakat Perkapalan dan para jemputan. Maklum balas dari jemputan dan masyarakat perkapalan amat menghargai lawatan YB Menteri dan menyeru supaya program sedemikian diteruskan selain menaik taraf kemudahan dan fasiliti LSS.
Hit: 1414 |
|