Date: 27 May 2022 Venue: sarawak
|
|
Gambar-gambar semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan Hari Gawai Dayak Tahun 2022, yang telah dilaksanakan pada 27 hingga 31 Mei 2022. Tujuan operasi ini ialah mencegah bot penumpang daripada membawa penumpang melebihi had yang telah ditetapkan, memastikan bot penumpang beroperasi memiliki Permit Pengangkutan Sungai (RTP) yang masih sah tarikhnya dan memastikan senarai penumpang direkodkan.
Semasa era Pandemik Covid-19 dan jalan raya yang baik untuk perjalanan ke kawasan dan daerah Kapit khasnya, telah mencatatkan statistik penggunakan pengangkutan sungai jumlah perjalanan bot penumpang dan penumpang yang sangat rendah dan menyebabkan beberapa pengusaha bot telah menghentikan operasi mereka. Walaubagaimanapun, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak tetap merangka perancangan dan operasi penguatkuasaan menjelang perayaan Hari Gawai Dayak tahun 2022 di terminal dan jeti utama serta rondaan dan sekatan di sungai dijalankan demi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak juga menasihat komuniti sungai kepentingan memakai jaket keselamatan semasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain menggunakan pengangkutan sungai.
Fokus Lembaga Sungai-Sungai Sarawak di dalam operasi adalah bot-bot kecil dan persendirian supaya mereka menjaga keselamatan semasa berapa di sungai dan tidak membawa penumpang berlebihan.
Selamat Hari Gawai Dayak Tahun 2022. Gayu Guru Gerai Nyamai.
Hit: 477 |
|