Date: 15 Jun 2022 Venue: samalaju
|
|
BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Bermula 15 hingga 17 Jun 2022 di Samalaju Resort Hotel, Bintulu, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang melibatkan semua peringkat kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Objektif utama bengkel ialah mengenalpasti pemasalahan dan kelemahan governans, integriti dan rasuah dalam Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan membangunkan Pelan Antirasuah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk tempoh 5 tahun (2021-2025).
Seramai 40 pegawai menyertai bengkel ini dengan menfokuskan kerpada 3 Bidang iaitu Tadbir Urus Korporat, Kewangan dan Perolehan dan Penguatkuasaan dengan setiap ketua Kumpulan diketuai oleh Assistant Controller dan pegawai yang dilantik. Bengkel ini juga telah dibimbing oleh fasilitator dari Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) iaitu Cik Marie Cotilla Louise@Rozita Kulai, Encik Mohd. Akbar Bin Mohd. Sahmoni dan Encik Mohd. Zakey Bin Ramlee. Rumusan bengkel selama 3 hari telah dibentangkan kepada Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Dr Murni Bin Suhaili, oleh Pemangku Controller Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) dengan dibantu oleh Pegawai Integriti Bertauliah iaitu Encik Sam Budi.
Deraf Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah berjaya didokumenkan dan diserahkan kepada Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak pada hari akhir bengkel dan hari pelancaran buku ini akan dibuat di dalam masa terdekat.
Hit: 389 |
|