Date: 24 Aug 2022 Venue: Bako
|
|
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0)
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 2.30 Petang.
Tempat : Terminal Penumpang Bako, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Kuching.
Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0), Langkah Ke-7 iaitu One-Off Bantuan Kewangan kepada pengusaha dan pengendali bot penambang di Sarawak sebanyak RM500 yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada 28 Januari 2022.
Seramai 66 pengusaha dan pengendali bot penambang yang beroperasi di Sektor Bako yang terkesan oleh pandemik Covid-19 telah menerima bantuan ini. Di majlis yang sama YB Menteri juga menyerahkan 20 jaket keselamatan kepada persatuan bot penambang untuk pengoperasian harian.
Semasa berucap kepada para hadirin, YB Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa prihatin kepada semua lapisan masyarakat yang terkesan oleh pandemik Covid-19 dan mengingatkan kesemua pengusaha dan pengendali bot penambang jangan sesekali berkompromi dengan aspek keselamatan semasa beroperasi, sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan mengekalkan jalinan yang baik dengan agensi Kerajaan di setempat seperti Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) dan Sarawak Forestry Corporation. Di samping itu, mereka juga memainkan peranan yang sangat penting iaitu sebagai duta pelancong Kerajaan khasnya untuk sektor Taman Negara Bako.
Bersempena dengan majlis ini, YB Dr. Haji Hazland bin Abang Haji Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN N5 Demak Jaya turut menyumbangkan RM10,000 kepada Persatuan Bot Penambang Sektor Bako.
Turut hadir ialah YB Dato Herry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Penangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Puan Hajah Janibah Binti Haji Hazmi, Penghulu Kampung Bako, Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller Wilayah I Kuching dan Ketua Kaum kampung Bako serta para jemputan.
Seramai 100 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO, Media dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS Wilayah 1 Kuching serta semua yang terlibat.
Hit: 435 |
|