News

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN LANSKAP SUNGAI DALAM KAMPUNG KAWASAN ADUN N20 TARAT BAGI TAHUN 2023
Posted on : 30 Apr 2024  Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Please Click Here To View Gallery

Tarikh: 13 April 2024

Tempat: Dewan Serbaguna, Kampung Pesang, Padawan

Pada 13 April 2024, Lembaga Sungai- Sungai Sarawak telah menganjurkan program Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Lanskap Sungai Dalam Kampung Kawasan ADUN N20 Tarat bagi tahun 2023 (Bil.10/2023), bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Pesang. Sebelum bermulanya program, aktiviti gotong-royong membersih Sungai dan persiapan program telah dijalankan di Kampung Pesang pada 6 April 2024.

Majlis telah dirasmikan YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) merangkap ADUN N20 Tarat, dengan melepaskan 5 ribu ekor anak ikan sebagai simbolik majlis di Kampung Pesang River Lodge.  Majlis diteruskan di Dewan Serbaguna Kampung Pesang bagi jamuan makan malam dan penyampaian hadiah. Antara aktiviti yang turut diadakan adalah pertandingan mewarna kategori kanak-kanak yang diadakan pada tengah hari yang telah disertai oleh 46 orang peserta dan hadiah telah disampaikan oleh YB Dato Sri.  Pemenang bagi Pertandingan Kebersihan dan Lanskap Sungai Dalam Kampung Kawasan ADUN N20 Tarat bagi tahun 2023 yang telah disertai oleh 17 buah kampung adalah Kampung Pesang, manakala bagi kedudukan tempat ke-dua pula adalah Kampung Tarat Mawang, seterusnya tempat ke-tiga disandang oleh Kampung Munggu Kopi dan 5 buah kampung telah mendapat hadiah sagu hati iaitu Kampung Simpok, Kampung Stabut, Kampung Sarig, Kampung Plaman Payang dan Kampung Begu. YB Dato Sri telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang-pemenang Pertandingan Kebersihan Dan Lanskap Sungai dalam kawasan ADUN N20 Tarat.

Turut hadir dalam majlis ini Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Encik Damen anak Rejek, Puan Caroline Anak Cleophas Joseph, Residen Bahagian Serian, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak, Encik John Anak Rampai, Pegawai Daerah Serian, Encik Ranum anak Bari, Ketua Kaum Kampung Pesang, Encik Dony anak Nuong, Ketua-ketua Jabatan serta wakil, panel Hakim Pertandingan, Kaunselor, Penghulu, Ketua Kaum dan penduduk Kampung Pesang.