| PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0) - ONE-OFF FINANCIAL ASSISTANCE TO PENAMBANG IN SARAWAK 2022 DI TAMAN NEGARA LOAGAN BUNUT, MIRI Date: 03 Aug 2022 Tarikh : 3 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Conference Room, Taman Negara Laogan Bunut, Miri
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan program ini dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep. Objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan LSS dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh LSS melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan Staf LSS dan masyarakat setempat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.
Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan dengan menyerahkan cek Bantuan Khas Sarawakku Sayang (8.0) berjumlah RM500.00 kepada 4 orang penambang dan 40 jaket keselamatan kepada pengusaha dan penambang yang beroperasi di Taman Negara Loagan Bunut dan penduduk dari Kampung Loagan Bunut.
Di kesempatan ini, Timbalan Menteri Pengangkutan dan rombangan telah menyusuri Taman Negara Loagan Bunut dengan menggunakan bot untuk melihat sendiri keadaan persekitaran pengoperasian bot dan pada masa yang sama menikmati pemandangan dan kecantikan tasik Taman Negara Loagan Bunut.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Teo Swee Ann, wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Manong, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Puan Marliney Igil, Pemangku Pegawai Daerah Beluru, Kaunselor Jimmy Tinggang, Kaunselor Andrious Ding, Encik Anthony Chong, Park Warden SFC, Ketua Kaum Dennis Ajang Jalin, penduduk Kampung Loagan Bunut dan para jemputan.
Seramai 70 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan penduduk Kampung Loagan Bunut serta sekitarannya. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS Wilayah 3 serta semua yang terlibat. |
| | PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (8.0) - ONE-OFF FINANCIAL ASSISTANCE TO PENAMBANG IN SARAWAK 2022 DI TAMAN NEGARA MULU, MULU Date: 02 Aug 2022 arikh : 2 Ogos 2022 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Grand Ballroom, Mulu Marriott Resort & Spa, Mulu.
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan program ini dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep. Objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan LSS dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh LSS melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan Staf LSS dan masyarakat setempat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.
Program dimulakan ceramah yang bertajuk Keselamatan dan Kebersihan di Sungai yang disampaikan oleh Ketua Unit River Heritage, Encik Angga Maga, ibu pejabat, LSS
Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan yang telah menyerahkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (8.0) berjumlah RM500.00 (Tunai) dan jaket keselamatan kepada 41 orang pengusaha dan penambang yang beroperasi di Taman Negara Mulu.
Di kesempatan ini, YB Timbalan Menteri Pengangkutan dan rombangan telah menyusuri sungai Melinau untuk ke Gua Clear Water, Mulu dengan menggunakan 2 bot penambang untuk melihat sendiri keadaan sistem pengangkutan air yang membawa pelancong ke Taman Negara Mulu dan pada waktu yang sama turut menikmati keindahan panorama sungai dan hutan semulajadi.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YB Dato Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) ADUN N78 Mulu, YBhg Dr. Murni bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Teo Swee Ann, Wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Manong, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Belayong Pok, Pegawai Daerah Marudi, Encik Reagan Edwin, Pejabat Daerah Kecil Mulu, Kaunselor Gary Hashim, Majlis Daerah Marudi dan Ketua-Ketua Kaum serta para jemputan.
Seramai 70 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan jemputan. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS W3 serta semua yang terlibat. |
| | PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DI KAMPUNG SELAMPIT, LUNDU Date: 16 Jul 2022 Tarikh : 15 dan 16 Julai 2022 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Dewan Gunasama, Kampung Selampit, Lundu
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, telah menganjurkan program ini dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep. Objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan Staf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan masyarakat setempat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.
Program dimulakan dengan Pertandingan Memancing Udang, Mewarna bagi kanak-kanak Tadika Kemas dan Kaunter promosi serta pengambilan Askar Wataniah Rejimen 511AW pada 15 Julai 2022 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Pada hari kedua pula, program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Jabatan Kerajaan yang dijemput dengan pelbagai tajuk berkaitan keselamatan dan kebersihan di sungai merangkumi Keselamatan dan Kebersihan Sungai oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), taklimat Perlesenan Bot oleh Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS), taklimat Penjagaan Alam Sekitar oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), taklimat Pengurusan Konflik Manusia Vs Buaya oleh Sarawak Foresty Corporation (SFC) dan yang terakhir taklimat Peranan dan Tanggungjawab Askar Wataniah oleh Rejimen 511AW.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Temenggong Dato Austin Dimin Ak Niyon, Ketua Kaum Bidayuh Bahagian Kuching, Dato Anthony Nogeh Anak Gumbek, Setiausaha-setiasusaha Sulit kepada YAB Premier Sarawak, Encik Gotin Anak Jenal, Ketua Kaum Kampung Selampit 1, Lundu, Pemanca Kane @ Ken Manong, Encik Shahrazi Edwin Bin Abdullah, Encik Gilbert Anak Rusin, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Kaunselor-kaunselor, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum N1 Opar, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan penduduk kampung Selampit, Lundu.
Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Dato Henry Harry Anak Jinep dan jemputan dengan melepaskan 15 ribu anak ikan lampam jawa ke Sungai Batang Kayan dan menyerahkan 15 unit jaket keselamatan kepada pengusaha bot tambang Kampung Selampit yang diwakili oleh Encik Gotin Anak Jenal, Ketua Kaum Kampung Selampit 1, Lundu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing dan mewarna serta cenderahati kepada penceramah.
Seramai 132 peserta program telah mendaftar sebagai ahli "Friend of River" iaitu salah satu platform menjalin penglibatan berterusan bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Sebagai makluman, peranan Friend Of River selain sebagai mata dan telinga untuk melaporkan sebarang kejadian berkaitan keselamatan dan kebersihan sungai di kawasan mereka, mereka juga memainkan peranan untuk mengetuai komuniti setempat untuk mengambil tindakan segera di dalam kemampuan mereka. Ini secara langsung dapat mengurangkan risiko kejadian lebih buruk dari berlaku dan seterusnya memperkukuhkan lagi sense of belonging komuniti setempat terhadap sungai-sungai di dalam kawasan mereka.
Seramai 150 peserta program yang hadir terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/NGO dan penduduk Kampung Selampit, Lundu. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan. Tahniah dan syabas warga LSS serta semua yang terlibat. |
| | PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DIKAWASAN DUN N2 TASIK BIRU Date: 30 Jul 2022 Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 1.00pm - 6.00pm
Tempat : Dewan Sri Singai, Jalan Singai, Bau
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, telah menganjurkan program ini dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep.
Objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan Staf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah 1 dan masyarakat setempat tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan di sungai.
Program dimulakan dengan ceramah kesedaran awam kebersihan dan penting nya pemeliharaan sungai yang disampaikan oleh Encik Angga Anak Maga, Ketua Unit River Heritage dari Ibu Pejabat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang bertajuk River Cleanliness Conservation for Quality of Life, Encik Anthony Malang,dari Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak, Sibu (NREB) ceramah bertajuk Peranan NREB Dalam Menjaga Kualiti Air Sungai, Encik Deli Anak Merun dari Majlis Daerah Bau bertajuk Pengurusan Sisa Pepejal.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Temenggong Dato Austin Dimin Ak Niyon
, Ketua Masyarakat Kaum Bidayuh Bahagian Kuching dan Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum kawasan DUN N2 Tasik Biru, Pemanca Kane @ Ken Manong, Encik Shahrazi Edwin Bin Abdullah, Encik Gilbert Anak Rusin, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Perasmian program ini disempurnakan oleh YB Dato Henry Harry Anak Jinep dan menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Ketua Masyarakat Kawasan N2 Tasik Biru yang telah yang terlibat menjayakan program ini dan menyampaikan cenderahati kepada penceramah.
Seramai 112 peserta program telah mendaftar sebagai ahli "Friend of River" iaitu salah satu platform menjalin penglibatan berterusan bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Sebagai makluman, peranan Friend Of River selain sebagai mata dan telinga untuk melaporkan sebarang kejadian berkaitan keselamatan dan kebersihan sungai di kawasan mereka, mereka juga memainkan peranan untuk mengetuai komuniti setempat untuk mengambil tindakan segera di dalam kemampuan mereka. Ini secara langsung dapat mengurangkan risiko kejadian lebih buruk dari berlaku dan seterusnya memperkukuhkan lagi sense of belonging komuniti setempat terhadap sungai-sungai di dalam kawasan mereka. |
| | BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) LSS Date: 15 Jun 2022 BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Bermula 15 hingga 17 Jun 2022 di Samalaju Resort Hotel, Bintulu, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang melibatkan semua peringkat kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Objektif utama bengkel ialah mengenalpasti pemasalahan dan kelemahan governans, integriti dan rasuah dalam Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan membangunkan Pelan Antirasuah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk tempoh 5 tahun (2021-2025).
Seramai 40 pegawai menyertai bengkel ini dengan menfokuskan kerpada 3 Bidang iaitu Tadbir Urus Korporat, Kewangan dan Perolehan dan Penguatkuasaan dengan setiap ketua Kumpulan diketuai oleh Assistant Controller dan pegawai yang dilantik. Bengkel ini juga telah dibimbing oleh fasilitator dari Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) iaitu Cik Marie Cotilla Louise@Rozita Kulai, Encik Mohd. Akbar Bin Mohd. Sahmoni dan Encik Mohd. Zakey Bin Ramlee. Rumusan bengkel selama 3 hari telah dibentangkan kepada Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Dr Murni Bin Suhaili, oleh Pemangku Controller Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) dengan dibantu oleh Pegawai Integriti Bertauliah iaitu Encik Sam Budi.
Deraf Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah berjaya didokumenkan dan diserahkan kepada Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak pada hari akhir bengkel dan hari pelancaran buku ini akan dibuat di dalam masa terdekat.
|
| | Operasi Penguatkuasaan Perayaan Hari Gawai Dayak Tahun 2022 di seluruh Negeri Sarwak. Date: 27 May 2022 Gambar-gambar semasa Operasi Penguatkuasaan Perayaan Hari Gawai Dayak Tahun 2022, yang telah dilaksanakan pada 27 hingga 31 Mei 2022. Tujuan operasi ini ialah mencegah bot penumpang daripada membawa penumpang melebihi had yang telah ditetapkan, memastikan bot penumpang beroperasi memiliki Permit Pengangkutan Sungai (RTP) yang masih sah tarikhnya dan memastikan senarai penumpang direkodkan.
Semasa era Pandemik Covid-19 dan jalan raya yang baik untuk perjalanan ke kawasan dan daerah Kapit khasnya, telah mencatatkan statistik penggunakan pengangkutan sungai jumlah perjalanan bot penumpang dan penumpang yang sangat rendah dan menyebabkan beberapa pengusaha bot telah menghentikan operasi mereka. Walaubagaimanapun, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak tetap merangka perancangan dan operasi penguatkuasaan menjelang perayaan Hari Gawai Dayak tahun 2022 di terminal dan jeti utama serta rondaan dan sekatan di sungai dijalankan demi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak juga menasihat komuniti sungai kepentingan memakai jaket keselamatan semasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain menggunakan pengangkutan sungai.
Fokus Lembaga Sungai-Sungai Sarawak di dalam operasi adalah bot-bot kecil dan persendirian supaya mereka menjaga keselamatan semasa berapa di sungai dan tidak membawa penumpang berlebihan.
Selamat Hari Gawai Dayak Tahun 2022. Gayu Guru Gerai Nyamai. |
| | LAWATAN KERJA YB MENTERI PENGANGKUTAN, SARAWAK, YB DATO SRI LEE KIM SHIN DAN YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN (SUNGAI DAN LAUT), SARAWAK, YB DATO HENRY JINEP KE NEW R.C COMMERCIAL WHARF JALAN PASIR PANAS, SRI AMAN Date: 27 Apr 2022 Pada 27 April 2022, Menteri Pengangkutan, YB Dato Sri Lee Kim Shin, bersama Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, YBhg. Datu Buckland Bangik, YB Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, MEITD Sarawak, merangkap ADUN N.32 Simanggang, YB Datuk Francis Harden Anak Hollis dan rombongan Kementerian Pengangkutan, Sarawak, telah mengadakan lawatan kerja ke New R.C Commercial Wharf Jalan Pasir Panas, Sri Aman. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat struktur waf dan kerja-kerja mendalamkan sungai di hadapan waf yang telah siap. Sejurus ketibaan, YB Menteri Pengangkutan, dan rombongan telah diberi taklimat Encik Leo anak Nanang, Pegawai Pengawas Projek dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mengenai kerja-kerja mendalamkan sungai di waf tersebut.
Bersempena dengan lawatan ini, YB Menteri Pengangkutan, menyeru agar semua pengusaha kapal di Sri Aman untuk menggunakan kemudahan waf yang disediakan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tujuan pemunggahan kargo dan tidak menggunakan waf yang tidak berdaftar di bawah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Selesai lawatan di waf tersebut, YB Menteri Pengangkutan, serta rombongan juga telah dibawa melawat Waterfront Sri Aman yang telah siap dibina baru-baru ini.
Turut hadir dalam lawatan itu adalah Residen Sri Aman, YBhg. Datu Indit Bangai dan Ketua-Ketua Komuniti Sri Aman, Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Sungai- Sungai Sarawak.
|
| | PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI Date: 23 Apr 2022 Tarikh : 23 April 2022
Tempat : Rh. Salim Anak Unang, Sungai Rasau, Bawang Assan, Sibu |
| | PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SUNGAI Date: 21 Apr 2022 Tarikh : 21 April 2022
Tempat : Terminal Penumpang Lembaga Sungai-Sungai Sarawak ,Kapit |
| | LAWATAN KERJA YB MENTERI PENGANGKUTAN, SARAWAK DAN ROMBONGAN KE TASIK BIRU, BAU Date: Pada 1 Mac 2022, Menteri Pengangkutan, Sarawak, YB Dato Sri Lee Kim Shin, bersama Timbalan Menteri Pengangkutan II, Sarawak, YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Dr. Murni Bin Suhaili, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak, YBhg. Datu Buckland Bangik dan rombongan Kementerian Pengangkutan, Sarawak, telah mengadakan lawatan kerja ke Tasik Biru, Bau. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat pembangunan di Tasik Biru dan pematuhan aspek keselamatan pengangkutan di Specified Water Bodies oleh pemaju. Sejurus ketibaan, YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, dan rombongan telah diberi taklimat rancangan pembangunan keseluruhan di Tasik Biru, Bau, oleh pihak pemaju iaitu Tecktonic & Sons Holdings Sdn. Bhd.
Selesai sesi taklimat, YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, dan rombongan telah melawat kawasan persekitaran Tasik Biru. Bersempena dengan lawatan ini, YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, telah merasmikan acara simbolik pelancaran satu unit ‘yellow marker buoys’ yang disediakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Sebanyak 5 unit ‘marker buoys’ telah diletakkan di dalam kawasan tasik dan ianya sebagai penandaan struktur dan kawasan berisiko kepada pengunjung ke tasik. YB Menteri Pengangkutan, Sarawak dan rombongan juga berpeluang untuk melayari persekitaran tasik dengan bot yang disediakan oleh pemaju.
Bersempena dengan lawatan ini, YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, menyeru semua pengunjung ke Tasik Biru mementingkan keselamatan diri dan mematuhi semua langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pengusaha yang menyediakan aktiviti rekreasi di dalam tasik. Majlis diakhiri dengan penyerahan 5 jaket keselamatan oleh YB Menteri Pengangkutan, Sarawak, kepada pengusaha aktiviti rekreasi di Tasik Biru.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah ialah Pengerusi Majlis Daerah Bau, Puan Anielia Anak Siam, Setiausaha Majlis Daerah Bau, Encik Simon Wong Hong Yong, Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan, Sarawak dan Lembaga Sungai- Sungai Sarawak.
|
|
|