Date: 07 Aug 2021 Venue: Empangan Bengoh
|
|
Pada 7 Ogos 2021, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mengikuti Program Pemberian Vaksin Outreach Daerah Kecil Padawan di Kampung Muk Ayun, Kampung Sting, dan Kampung
Nyegol di kawasan Ulu Empangan Bengoh.
YB Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Merangkap Adun N.19 Mambong bersama-sama dengan Pegawai Perubatan KKM menyuntik vaksin Sinovac dose ke 2 dan manakala vaksin pertama telah dilaksanakan pada 17 Julai 2021 yang lalu kepada penduduk-penduduk kampung dan dengan kerjasama pasukan pemberian vaksin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pemberian Vaksin Daerah Padawan. Seramai 134 penduduk daripada 3 penduduk kampung tersebut telah menerima vaksin ini.
Turut hadir ialah Puan Sherrina binti Hussaini Residen Bahagian Kuching, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (B), Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Tuan Sophian Isswandy Ismail Pengarah MKN Negeri Sarawak.
Hit: 775 |
|