Date: 13 Dec 2021 Venue: Padawan
|
|
empat : Balairaya Kampung Assum, Padawan.
Tarikh : 13 Disember 2021
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah I, Kuching) telah menganjurkan program ini dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Jerip Anak Susil, Menteri Muda, Kementerian Pengangkutan Sarawak. Objektif Program Pendidikan Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi yang dijalankan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk tali persaudaraan serta mengeratkan semangat perpaduan dikalangan staf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan masyarakat setempat tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan di sungai.
Program dimulakan dengan penduduk kampung bergotong-royong membersih persekitaran kampung dan ceramah disampaikan oleh Encik Mahda Bin Kiffpeli dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Kuching yang bertajuk "Friend of Rivers" dan Cik Nurul Husna Bt. Hamdani dari Jabatan Pertanian Sarawak bertajuk "Sistem Tagang".
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller Wilayah I, Kuching, dan Ketua Kaum Siang anak Sayod. Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Jerip Anak Susil yang melepaskan anak ikan di sungai Biya dan penyampaikan cenderahati kepada penceramah. Sebagai tanda kenangan program ini, para tetamu jemputan dan peserta program turut diberi T-shirt 'Friend of Rivers' iaitu salah satu plan tindakan menyemai kesedaran kepentingan sungai di kalangan masyarakat setempat.
Seramai 70 penduduk kampung telah hadir dan maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dan Agensi Kerajaan dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.
Hit: 438 |
|