Date: 14 Dec 2021 Venue: Asajaya
|
|
Tempat : Pengkalan Kampung Beliong, Asajaya.
Tarikh : 14 Disember 2021
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah I, Kuching) telah menganjurkan program ini dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak. Objektif Program Pendidikan Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi yang dijalankan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk tali persaudaraan serta mengeratkan semangat perpaduan dikalangan staf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan masyarakat setempat tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan di sungai.
Program dimulakan dengan ceramah disampaikan oleh Encik Mahda Bin Kiffpeli dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Kuching yang bertajuk Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller Wilayah I, Kuching, dan Ketua Kaum Sani Bin Basah. Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YBhg. Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah telah menyerahkan 45 Jaket Keselamatan kepada Penambang dan nelayan kampung Beliong. Sebagai tanda kenangan program ini, para tetamu jemputan dan peserta program turut diberi T-shirt 'Friend of Rivers' iaitu salah satu plan tindakan menyemai kesedaran kepentingan sungai di kalangan masyarakat setempat.
Hit: 513 |
|