Date: 30 Dec 2021 Venue: Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
|
|
Tarikh : 30 Disember 2021 @ 11.15 pagi
Tempat : Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Majlis di dahului dengan penyampaian penghargaan sempena persaraan bagi Tn. Hj. Saimi B. Hj. Sarkawi dan Pn. Sylvia ak John Nawang dan di ikuti dengan penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2020 seramai tujuh (7) orang penerima, lima (5) daripada Ibu Pejabat dan dua (2) daripada Wilayah I, Kuching.
Penerima APC tahun 2020 Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak ialah :
1. Tn. Haji Saimi B. Hj. Sarkawi
2. Pn. Helen Liew Yiew Lian
3. En. Ronny Sukiman
4. En. Rani Bin Zaini
5. Pn. Latifah bt Mohamad
6. En. Tony Bin Wen
7. En. Hishamudin B. Abdullah
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan amanat daripada Pemangku Controller Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara) dengan mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020 dan mengharapkan supaya penerima dan kakitangan yang lain menjadikan ianya satu motivasi untuk melaksanakan tugas harian dengan lebih komited. Selamat bersara dan ribuan terima kasih di atas sumbangan sepanjang perkhidmatan di Lembaga Sungai – Sungai Sarawak kepada kakitangan yang akan bersara daripada perkhidmatan awam iaitu Tn. Hj. Saimi Bin Sarkawi dan Pn. Sylvia ak John Nawang. Semua kakitangan LSS diingatkan juga, untuk memastikan pematuhan ke atas SOP bagi mengurangkan penularan COVID-19 terutamanya kini terdapat varian terbaru iaitu Omicron dan Demicron.
Hit: 554 |
|