Date: 10 Jan 2022 Venue: Kuching
|
|
YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan, Sarawak bersama Menteri Muda Pengangkutan 1, Sarawak, YB Datuk Dr. Jerip Anak Susil dan Menteri Muda Pengangkutan 2, Sarawak, YB Dato Henry Harry Anak Jinep dan rombongan Kementerian Pengangkutan, Sarawak telah melawat dan meninjau status pengoperasian Sungai Sarawak Baraj dan Stesen Telemetri di sepanjang Kawasan tadahan taburan air hujan Sungai Sarawak di kampung Bintangor dan Pekan Batu Kawah, Kuching. Lawatan ini bermula dengan YB Menteri Pengangkutan, Sarawak dan rombongan ke bilik kawalan baraj yang dan telah diberikan taklimat oleh operator Sungai Sarawak Baraj.
Seterusnya rombongan YB Menteri Pengangkutan, Sarawak dan rombongan telah menaiki Bot Penguatkuasa LSS untuk menguji kebolehgunaan sistem amaran awal banjir di stesen telemetri di kampung Bintangor dan Pekan Batu Kawah yang merupakan sebahagian daripada sistem amaran banjir di kawasan tersebut dan didapati ianya berfungsi dengan baik. Sistem amaran banjir di stesen telemetri akan mengeluarkan bunyi siren amaran apabila paras air sungai melebihi paras amaran.
Sempena dengan tinjauan di lokasi-lokasi, YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan, Sarawak telah menyerahkan 20 jaket keselamatan kepada Ketua Kampung Bintangor dan Penghulu Pekan Batu Kawah. Turut hadir dalam lawatan ini ialah ialah YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak, Encik Teo Swee Ann, Ketua Sekysen Maritim dan Riverine, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller, Encik Jerry Liew Tze Sieng, Assistant Controller Barrage & Shipock, Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller Wilayah I, Kuching.
Hit: 441 |
|