Date: 18 Feb 2022 Venue: Terminal Penumpang Sibu
|
|
Pada 18 Februari 2022, Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato Sri Lee Kim Shin, bersama Menteri Muda Pengangkutan II Sarawak, YB Dato Henry Harry Anak Jinep dan rombongan Kementerian Pengangkutan, Sarawak telah menyerahkan Permit Pengangkutan Sungai (RTP) kepada pemilik bot Sibu River Cruise Boat bertempat di Terminal Penumpang Sibu.
Sejurus ketibaan YB Menteri Pengangkutan, Sarawak dan Menteri Muda Pengangkutan II, Sarawak, dan rombongan telah menaiki Sibu River Cruise Boat dan belayar di Sungai Batang Rajang dan Batang Igan berdekatan bandar Sibu yang merupakan satu produk terbaru pelancongan di Sibu.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah ialah Dun N51 Bukit Assek,Yb Joseph Chieng Jin Ek, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak, YBhg. Datu Buckland Bangik, Ketua Sekysen Maritim dan Riverine Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Teo Swee Ann, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sibu,Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Jabatan Laut Malaysia, Encik Cornel Joseph Miji, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Encik Clarence Ting Ing Horh, Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak,Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), serta rombongan Kementerian Pengangkutan, Sarawak dan kakitangan Lembaga Sungai- Sungai Sarawak.
Hit: 577 |
|