Date: 27 Apr 2022 Venue: Sri Aman
|
|
Pada 27 April 2022, Menteri Pengangkutan, YB Dato Sri Lee Kim Shin, bersama Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, YBhg. Datu Buckland Bangik, YB Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, MEITD Sarawak, merangkap ADUN N.32 Simanggang, YB Datuk Francis Harden Anak Hollis dan rombongan Kementerian Pengangkutan, Sarawak, telah mengadakan lawatan kerja ke New R.C Commercial Wharf Jalan Pasir Panas, Sri Aman. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat struktur waf dan kerja-kerja mendalamkan sungai di hadapan waf yang telah siap. Sejurus ketibaan, YB Menteri Pengangkutan, dan rombongan telah diberi taklimat Encik Leo anak Nanang, Pegawai Pengawas Projek dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mengenai kerja-kerja mendalamkan sungai di waf tersebut.
Bersempena dengan lawatan ini, YB Menteri Pengangkutan, menyeru agar semua pengusaha kapal di Sri Aman untuk menggunakan kemudahan waf yang disediakan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tujuan pemunggahan kargo dan tidak menggunakan waf yang tidak berdaftar di bawah Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Selesai lawatan di waf tersebut, YB Menteri Pengangkutan, serta rombongan juga telah dibawa melawat Waterfront Sri Aman yang telah siap dibina baru-baru ini.
Turut hadir dalam lawatan itu adalah Residen Sri Aman, YBhg. Datu Indit Bangai dan Ketua-Ketua Komuniti Sri Aman, Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Sungai- Sungai Sarawak.
Hit: 448 |
|