Date: 30 Jul 2022 Venue: singai,Bau
|
|
Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 1.00pm - 6.00pm
Tempat : Dewan Sri Singai, Jalan Singai, Bau
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, telah menganjurkan program ini dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), YB Dato Henry Harry Anak Jinep.
Objektif Program Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini adalah bertujuan untuk mendekatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan masyarakat setempat sebagai landasan untuk menyampaikan tugasan dan fungsi-fungsi utama yang dijalankan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melalui Program "Community Engagement" dalam memupuk perhubungan rapat dikalangan Staf Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah 1 dan masyarakat setempat tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan di sungai.
Program dimulakan dengan ceramah kesedaran awam kebersihan dan penting nya pemeliharaan sungai yang disampaikan oleh Encik Angga Anak Maga, Ketua Unit River Heritage dari Ibu Pejabat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang bertajuk River Cleanliness Conservation for Quality of Life, Encik Anthony Malang,dari Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sarawak, Sibu (NREB) ceramah bertajuk Peranan NREB Dalam Menjaga Kualiti Air Sungai, Encik Deli Anak Merun dari Majlis Daerah Bau bertajuk Pengurusan Sisa Pepejal.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Temenggong Dato Austin Dimin Ak Niyon
, Ketua Masyarakat Kaum Bidayuh Bahagian Kuching dan Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum kawasan DUN N2 Tasik Biru, Pemanca Kane @ Ken Manong, Encik Shahrazi Edwin Bin Abdullah, Encik Gilbert Anak Rusin, Jemaah Ahli Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Perasmian program ini disempurnakan oleh YB Dato Henry Harry Anak Jinep dan menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Ketua Masyarakat Kawasan N2 Tasik Biru yang telah yang terlibat menjayakan program ini dan menyampaikan cenderahati kepada penceramah.
Seramai 112 peserta program telah mendaftar sebagai ahli "Friend of River" iaitu salah satu platform menjalin penglibatan berterusan bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Sebagai makluman, peranan Friend Of River selain sebagai mata dan telinga untuk melaporkan sebarang kejadian berkaitan keselamatan dan kebersihan sungai di kawasan mereka, mereka juga memainkan peranan untuk mengetuai komuniti setempat untuk mengambil tindakan segera di dalam kemampuan mereka. Ini secara langsung dapat mengurangkan risiko kejadian lebih buruk dari berlaku dan seterusnya memperkukuhkan lagi sense of belonging komuniti setempat terhadap sungai-sungai di dalam kawasan mereka.
Hit: 639 |
|