Date: 21 Feb 2020 Venue: Wilayah Utara, Miri
|
|
21 Febuari 2020 - YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak dan rombongan telah mengadakan lawatan kerja meninjau kawasan Projek Perangkap Sampah di Sungai Miri. Projek Perangkap Sampah ini merupakan satu inisiatif Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Wilayah III Miri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi membantu mengurangkan/ menyekat sampah di sungai Miri dari mengalir ke laut.
Sebagai projek rintis, LSS dan MBM telah memasang perangkap sampah pertama pada
Jambatan Piasau pada 12.02.2020 dan 18.02.2020. Projek ini akan diteruskan dengan memasang perangkap sampah kedua di Jambatan Lutong pada bulan Mac 2020.
Selepas diberi taklimat ringkas oleh Assistant Controller Wilayah III, YB Datuk Lee Kim Shin telah mengarahkan LSS untuk membuat kajian kaedah yang lebih berkesan untuk memerangkap sampah di sungai. Beliau juga menyeru MBM untuk meneruskan program-program pendidikan dan kesedaran berkenaan pentingnya kebersihan sungai kepada masyarakat umum. Di samping itu, MBM juga perlu memastikan tong sampah yang secukupnya disediakan selain mengambil langkah untuk membendung sampah-sarap mengalir terus dari longkang ataupun parit ke dalam sungai.
Pada masa yang sama YB Datuk Lee Kim Shin serta rombongan berkesempatan meninjau sepanjang sungai Miri dari muara sungai ke Jambatan Lutong.
Diantara rombongan yang hadir semasa lawatan kerja adalah Pegawai Kementerian Pengangkutan Sarawak, En. Teo Swee Ann; Pemangku Controller, Lt. Col Ding Tiew Wong (Bersara); Assistant Controller Wilayah III, En. Leonard Luhat Laing; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti dan Alam Sekitar MBM, Cr. Karambir Singh, Cr. Leslie Lau Ik Chie, Cr. Jeffery Phang Siaw Foong, Cr. Romulus Charles Agan, Cr. Chan Chai Ping, Cr. Supang Su'un serta pegawai dan kakitangan dari LSS, MBM, DID Miri dan wakil dari SDG. Hadir sama para wartawan.
Hit: 1287 |
|