Date: 22 Apr 2023 Venue: Jeti Penumpang, Daro
|
|
KEMPEN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN DI SUNGAI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023 DI DARO
Tarikh: 22 April 2023
Tempat: Jeti Penumpang Daro, Daro
Pada 22 April 2023, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), telah menganjurkan Kempen Penguatkuasaan dan Keselamatan di Sungai sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023. Sempena kempen ini, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Dr. Murni Suhaili, telah mengingatkan orang awam agar sentiasa menggunakan jaket keselamatan ketika menggunakan bot ke destinasi masing-masing dan keselamatan itu adalah tanggungjawab bersama. Manakala untuk pengusaha bot-bot penumpang, beliau turut mengingatkan supaya mematuhi kapasiti penumpang yang ditetapkan seperti di dalam permit pengangkutan sungai dan tidak membawa kargo yang berlebihan. Beliau telah menyerahkan jaket keselamatan kepada operator dan penumpang bot serta agensi penguatkuasa di Daro.
Turut hadir bersama Pegawai Undang-Undang, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Puan Norida Sipek, Pegawai dari Pejabat Daerah Matu-Daro, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daro, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Daro dan pegawai-pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah II, Sibu.
Hit: 152 |
|