. 28/03
Please Click Here To View Album Tempat : Rh. Velly, Sungai Pinang, Ulu Skrang, Engkelili Tarikh : 28 Mac 2025 Pada 28 Mac 2025, pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan Program Kesedaran Awam Kebersihan Dan Keselamatan Sungai yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), merangkap ADUN N.2 Tasik Biru. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran awam kepada penduduk kampung/ masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai. Pada hari sebelumnya, seramai 44 orang penduduk rumah panjang telah bersama bergotong-royong untuk membersihkan laluan sungai yang dihalang oleh pokok tumbang yang dipantau oleh pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Program dimulakan dengan ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Toni Douglas dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama dan Encik Julius Intai anak Biju dari Jabatan Pertanian Sarawak, Bahagian Sri Aman, dengan ceramah yang bertajuk Peranan / Tugas Serta Tanggungjawab Jabatan Pertanian Sarawak. Sejurus ketibaan, Yang Berhormat Dato Henry Harry Jinep bersama rombongan jemputan telah melepaskan 4 ribu ekor anak ikan di Sungai Pinang bagi memulakan program tersebut. Turut hadir menjayakan program ini ialah Yang Berhormat Dr. Johnical Rayong, ADUN N33 Engkilili, Yang Berhormat Encik Friday anak Belik, ADUN N39, Krian, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Tr. Velly anak Rabong, Sg. Pinang, Ulu Skrang serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Ulu Skrang. Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry Jinep dengan menyerahkan 50 jaket keselamatan kepada penduduk Rh. Velly dan 9 buah rumah panjang berdekatan termasuk Klinik Nanga Entalau, SK Nanga Entalau dan SK Nanga Menjuau. Yang Berhormat Dr. Johnical Rayong turut menyumbangkan 6 unit Smart TV kepada Guru Besar dari SK Nanga Entalau dan 1 unit Smart TV kepada pihak Klinik Nanga Entalau. Seramai 262 peserta program telah hadir terdiri daripada Agensi Kerajaan dan penduduk kampung sekitar. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.
. 28/03
An engagement session on the "Marine Traffic and Risk Analysis (MTRA) for “The Development Project in Sungai Sarawak, Batang Lupar, Sungai Krian, Sungai Nyelong and Batang Igan, Sarawak” with ESI Konsultan Sdn. Bhd. was held at 9.00 a.m. at the Meeting Room, Level 3, Sarawak Rivers Board (SRB) Headquarters. Discussions covered the MTRA study implementation, proposed safety measures, risk mitigation measures, vessel design which include forecasting for 5 years and above, and the types of suitable Aids to Navigation (AtoN), including physical and visual/virtual markings. The Terms of References (TOR) were discussed and shall be submitted to SRB for review and approval to incorporate the requirements set by the Board, including the responsibility of the MTRA Consultant for continuous monitoring throughout the project implementation until completion for operational purposes. The MTRA Consultant is also responsible for submitting the compliance monitoring report to SRB on a monthly basis, simultaneously SRB conducts inspections to ensure compliance and adherence to the proposed risk mitigation measures and other related matters recommended in the MTRA report. Further discussions addressed the validity period of the MTRA report (i.e., 2 years from the date of approval by SRB) and regulatory compliance with Regulation 61D of the Sarawak Rivers (Traffic) Regulations, 1993, requiring a site inspection to assess the impact of the project on safety and cleanliness. Additionally, the requirement for a Wharf Authorisation Certificate (WAC) under Regulations 29, 30, and 31 was highlighted, particularly for projects involving the construction of jetties, wharves, terminals, pontoons, and other landing facilities associated with vessel berthing or mooring. The WAC is only issued upon obtaining a Wharf License from the Sarawak Land and Survey Department. As a result of the discussion, a representative from ESI Konsultan Sdn. Bhd. has gained a clear understanding of the procedures and mandatory requirements set by SRB and also expressed appreciation for the engagement session and emphasised the importance of maintaining close cooperation between the Sarawak State and the industry. The session was adjourned at 11.00 a.m. The session was chaired by Mr. Leo Nanang, Asst. Controller (Riverine Safety) representing the Controller of the Sarawak Rivers Board, and attended by Puan Phlomina Chura Ak. John (Marine Officer) and Cik Sarah Laong (Civil Engineer). ESI Konsultan Sdn. Bhd. was represented by Mr. Muhammad Syafiq Izwan Bin Kamarudin, who is also part of the consultancy team conducting assessments on bathymetric, hydrographic, and hydraulic surveys, as well as marine traffic analysis.
. 05/04
Tarikh : 5 April 2025 Tempat : Kampung Long Luping, Ba’kelalan, Lawas Pada 5 April 2025, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Kampung Long Luping, Ba’kelalan, Lawas. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.2 Tasik Biru. Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Baru Bian, ADUN N.81 Ba’kelalan; Lt. Kol. (Bersara) Ding Tiew Wong, Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; Yang Dihormati KK Yohanis Yabai, Ketua Kaum Long Luping; YBhg. Tuan Sam Laya dan YBhg. Tuan Thomas Balan Bang, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak serta YBhg. Datu Hj. Safri bin Hj. Zainuddin, Pengerusi Maltimur Resources Sdn. Bhd. Pengisian program dimulakan pada sebelah pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai dan sekitar kampung oleh penduduk Kampung Long Luping. Pada sebelah petang, beberapa ceramah telah disampaikan oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian Sarawak serta Jabatan Hutan Sarawak. Selain itu, aktiviti penanaman pokok di tebingan Sungai Luping turut dijalankan dan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry anak Jinep bersama dif-dif jemputan. Program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Long Luping serta kampung-kampung berhampiran. Maklum balas yang diterima daripada para peserta amat positif, dan mereka berharap agar program sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan ke kampung-kampung berdekatan pada masa akan datang.
Vision: To Be The Lead Agency In River Management In Ensuring Safe, Clean And Natural Rivers
Mission: To Ensure Safety And Cleanliness Of Rivers Through Effective Enforcement And Efficient Service Delivery
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak
082-234092 / 234093
082-234096
srb@srb.gov.my